Kesan kerosakan pada tiles |
Rasa hilang semangat betul dengan kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.00 petang tadi. Sedang tensen-tensen perah otak buat artikel tiba-tiba berlaku gegaran kecil di mana kejadian seakan-akan lantai pejabat mau retak dan runtuh.
Mula-mula terdengar bunyi seperti orang main bunga api, ingat anak rakan sekerja yang main bunga api ... maklumlah kan hari raya semakin menjelang tiba jadi perkara biasalah kalau main bunga api. Tapi bila si kawan datang tanya apa bunyi pelik tersebut, saya pun naik blurrrr ...
Bimbang sekiranya bunyi tersebut ada kaitan dengan litar pintas, si kawan ni terus padam suis utama elektrik . Lepas tutup, bunyi pula makin kuat dan terasa ada gegaran kecil pada lantai. Agak panik seketika bila tengok tiles di lantai mengelembung naik dengan serpihan-sepihan kecil tiles melompat ........... apa lagi saya dan rakan saya ni dengan dua orang anak dia cabut langkah seribu keluar dari pintu pejabat dengan tangan kosong sambil menjerit bila tengok tiles lantai yang terangkat dan mengeluarkan bunyi letupan kuat.
Memang masa tu fikir mau selamatkan diri dan rasa hampir mau tergolek bila berlari menurui tangga. Sampai bawah, semua orang hairan ... apa lagi informlah taukeh di bawah yang lantai tingkat satu mau runtuh. Konon-kononya baik hati mau menyelamatkan taukeh bengkel dan pekerja-pekerjanya daripada ditimpa runtuhan. Kami punya la nervous tahap gaban, itu taukeh relax saja dan beberapa minit kemudian baru naik atas tengok apa yang berlaku.
Syukurlah, itu taukeh cakap yang lantai pejabat kami tiada masalah dan cuma tiles sahaja yang terangkat. Huhhhh !!!! .... tapi perasaan ketika ni masih lagi bercampur baur, ingat bangunan mau runtuh. Dari maklumat yang diberikan oleh tuan punya building ni, kesan cuaca panas sejuk yang membuatkan tiles di pejabat ni terangkat dan retak.
Pautan | Aku & penulisan | Gempa bumi di pejabat !!! | Aku & Beg Sikut | Tempias bonus hari raya | Yay !!! dapat sambung kontrak kerja | Supernatural punya story | Bila Discourage saya akan ... |
0 comments:
Post a Comment