Hari-hari baca surat khabar .... baca surat khabar hari-hari .... ini antara rutin saya dan si gaman, kalau saya macam biasa cuma berita-berita yang menarik sahaja yang dibaca. Berbeza dengan si gaman, kalau boleh habis semua berita dalam akhbar dibacanya, tolak iklan saja ^ _ ^ Nampaknya hari ni tiada berita yang menarik.
Sebut pasal berita dalam surat khabar, teringat mengenai satu artikel yang menarik dan cukup menyentuh hati sesiapa sahaja khususnya kepada kaki nombor, setakat ni kaki saya belum ada nombor lagi ^ _ ^
Betul kerrr Main Nombor Ekor Boleh Jadi Kaya ??? ... tidak dapat dinafikan terdapat segelintir yang bernasib baik dan berpeluang menikmati durian runtuh hasil daripada pelaburan di kedai nombor ramalan. Kadang-kala ada yang baru sahaja berkecimpung dalam ”pelaburan” ini terus ditimpa “durian runtuh” ^ _ ^
Chit chat pasal nombor ekor, sebenarnya ada di antara pembeli tegar yang bijak memanfaatkan duit yang dimenangi tetapi ada juga yang terkejut dengan sejumlah besar wang yang dimenangi sehingga lupa diri dan kesudahannya ???
Tapi banyak-banyak kisah yang pernah saya dengar dan baca ... satu artikel dalam Utusan Borneo, 7 Ogos 2010 lepas cukup tragis. Biasanya yang saya terbaca kisah gembira kaki nombor menang duit, tapi yang ni cukup berbeza ... salah seorang ahli kaki nombor ni menghabiskan hayatnya dalam keadaan yang cukup menyedihkan.
Petani yang pernah menjadi kaya kerana memenangi loteri RM750,000 lima tahun lalu ditemui mati rentung dalam kubur yang digali sendiri
SERIAN: Kisah seorang petani yang pernah menjadi kaya setelah memenangi loteri tetapi membazirkannya dalam masa lima tahun, berakhir dalam keadaan menyedihkan selepas mayatnya yang rentung ditemui di dalam kubur yang digalinya sendiri.
Petani itu yang dikenali dengan nama keluarga Koo, berusia 63 tahun dipercayai telah menggali kuburnya sendiri di belakang rumahnya di Kilometer 29, Jalan Kuching-Serian sebelum membunuh diri dengan membakar dirinya sekitar minggu lepas.
Utusan Borneo difahamkan melalui sumber-sumber daripada penduduk sekitar yang mengenali Kho dan kisah latar belakang mangsa, mendapati kehidupan mangsa itu dipercayai berkisar kepada permainan loteri sehingga ke tahap yang mendorong mangsa untuk membunuh diri.
Seorang jiran mangsa yang bernama Lau, 74, memberitahu pemberita bahawa Koo menjalani kehidupan yang sederhana sebagai penanam mengkuang dan tinggal di sebuah pondok di atas tanahnya sendiri sehinggalah suatu hari, lima tahun yang lalu apabila mangsa dilaporkan memenangi loteri sebanyak RM750,000.
“Dalam tempoh lima tahun selepas itu, dia (mangsa) membina sebuah rumah konkrit baru berdekatan dengan pondok lamanya dan menjalani kehidupan yang mewah termasuk kerap kali melancong ke China.
“Dia berhenti bekerja dan mula berjudi dan kerap kali membelanjakan RM1,800 untuk membeli nombor loteri bagi setiap cabutan dengan harapan memenangi loteri sekali lagi,” katanya.
Bulan lepas, jirannya berkata Koo telah memberitahunya bahawa dia sudah menghabiskan semua wang kemenangannya dan sehingga tidak tinggal sesen pun.
Kerana tiada pilihan lain, mangsa meroboh pondok lamanya dan menjual bumbung zink serta bahagian besi lain kepada sebuah limbungan besi buruk dengan harga RM600.
Dia kemudian dilaporkan membuat satu pertaruhan terakhir dengan membelanjakan wang tersebut untuk membeli nombor.
Menurut Lau, ada sumber yang mengatakan salah satu nombor yang dibeli oleh Koo telah menang tetapi malang bagi Kho kerana nombor yang ‘menang’ itu bukan daripada premis loteri yang dibelinya sebaliknya nombor loteri premis yang lain.
Inisiden itu dikatakan telah menyebabkan Koo terlalu kecewa hingga mendorongnya membakar diri sendiri sebelum terjun ke dalam kubur yang digalinya sendiri.
Mayat Koo yang rentung hanya ditemui sekitar jam 7 malam Khamis lalu, oleh anak saudara yang datang untuk melawatnya setelah lama tidak berbuat demikian.
Lelaki (anak saudara mangsa) berusia 30-an yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, dia menyangkakan sesuatu tidak betul telah berlaku apabila mendapati ada serpihan benda rosak di hadapan motosikal pakciknya.
Dia kemudiannya menelefon bapa saudaranya, yang selama ini tidak pernah berkahwin dan mula mencarinya di kawasan berhampiran rumah selepas gagal mendapat respons daripada mangsa.
Selepas mencarinya beberapa minit, anak saudara terjumpa lubang sedalam enam kaki dengan mayat rentung bersama tulang manusia di bawahnya.
Mengesyaki mayat itu adalah mayat Koo, dia segera menghubungi polis.
Ketua Polis Serian, DSP Jamali Umi, yang mengesahkan insiden itu mengklasifikasikan kematian Koo sebagai mati mengejut sementara siasatan masih dibuat.
Sumber: http://www.theborneopost.com/?p=55877
0 comments:
Post a Comment