Antara Dilema Seorang Blogger





Google Pix

ENTAH
untuk kali ke berapa sudah blog ini bertukar tema dan konsep.  Walaupun
sudah bertapak di ruangan maya sejak May 2009, blog ini masih belum
menemui
tema yang sesuai.  Rupa-rupanya bukan mudah untuk menjadi seorang blogger dan minat serta sedikit kemahiran dalam penulisan bukanlah jaminan untuk menjadi seorang blogger yang baik.  Inilah dilema yang sering melanda seorang blogger.





Saya yakin bahawa terdapat ramai lagi blogger di luar sana yang
pernah atau sedang berhadapan dengan situasi seperti ini.  Pemilihan
tema dan konsep yang tepat merupakan faktor yang perlu diberi perhatian
serius oleh setiap blogger.  Ini kerana, selagi tema yang dipilih tidak

serasi dengan jiwa, selagi itulah proses kemas kini di blog akan
terbantut.  Selain itu, keserasian jiwa si blogger dengan tema yang yang
dipilih akan menjadi pencetus kepada idea-idea kemas kini blog secara
berterusan.





Mungkin
ramai lagi yang menyimpan cita-cita ingin menjadi seorang blogger
berjaya, tetapi sehingga kini masih dibelenggu dengan pelbagai persoalan
tentang apa agaknya tema dan konsep yang sesuai dengan jiwa?
dan
apa agaknya kemahiran, kebolehan atau pengetahuan yang boleh
dikongsikan dengan berjuta-juta pengguna internet yang berpotensi
menjadi pengunjung blog anda?






#Sedang dalam dilema, apa agaknya tema/konsep yang serasi dengan jiwa supaya blog ini tidak menjadi projek 'gajah putih' seperti sebelum ini.








0 comments: