Selamat Hari Wanita












Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2010 pada hari ini bersamaan 25 Ogos 2010 telah menjadikan hari ini sangat istimewa untuk saya dan semua wanita di Malaysia.  Bertemakan “1 Azam Wanita 1Malaysia”  pada saya sangat bertepatan dengan personaliti wanita pada hari ini.



Wanita pada hari ini telah mengalami satu revolusi yang sangat ketara dan membanggakan.  Jika suatu ketika dahulu kebanyakan wanita hanya duduk di ceruk-ceruk dapur tetapi pada hari ini golongan wanita bukan sahaja berdaya saing malah lebih tabah dan berani menyahut cabaran.  





Hari ini saya ingin mengatakan pada diri saya bahawa “Saya bangga dilahirkan sebagai seorang wanita !!!” wow ... semangat pula.  Paling penting, saya sangat bersyukur kerana hidup saya dikelilingi oleh wanita-wanita hebat yang sentiasa mengiringi hidup saya dalam doa mereka.











MyBeloved Mother




MyBeloved Sister











0 comments: