Pemilihan Tema & Konsep Blog





Google Pix


SEBELUM INI, saya ada menyentuh mengenai  kegagalan
menguruskan blog secara konsisten berikutan tema/konsep yang dipilih tidak
bersesuaian. 
Bersandarkan pengalaman tersebut,
saya menyedari bahawa sesebuah blog itu sebenarnya memerlukan
pemilihan tema/konsep  yang benar-benar serasi dengan jiwa si
blogger.  Untuk memilih sesuatu tema/konsep bagi sesebuah blog itu
memang nampak mudah, tetapi bagi mewujudkan keserasian bukanlah sesuatu
yang mudah. 






Bagi
anda yang mahu memastikan blog yang dikendalikan tidak ketandusan
idea-idea kemas kini, apa yang ada perlu lakukan ialah membuat sedikit
kaji selidik tentang diri anda.  Cuba kaji, apa yang anda ingin
kongsikan kepada  jutaan pengguna internet? Adakah tema/konsep yang anda pilih
serasi dengan minat, pengetahuan serta kemahiran yang anda miliki? Ia
penting kerana keserasian itu seterusnya akan menjadi pencetus kepada
idea-idea penulisan yang konsisten bagi
membolehkan kerja-kerja kemas kini blog dilakukan dengan lebih kerap.






Selepas membuat beberapa kaji selidik, saya berpendapat bahawa mengendalikan blog bertemakan sebuah "Diari Maya" lebih mudah untuk dikendalikan kerana saya boleh berkongsi pelbagai bahan.  Jadi, saya memutuskan untuk mengendalikan sebuah blog berkonsepkan "Perkongsian Pengalaman, Pendapat dan Maklumat Menerusi Gaya Penulisan Bebas Tanpa Tapisan."





Anda
sebagai blogger, adakah tema dan konsep yang dipilih benar-benar
serasi dengan jiwa anda?  Apa kata, kongsikan pendapat anda pada
ruangan komen.








0 comments: