Kisah Si Pinai & Si Putih




Macam inilah gaya si Putih kalau merajuk






Kasihan Putih, merajuk nampaknya kucing kesayangan saya dan si gaman ni.  Maklumlah dihalang keluar rumah gara-gara hujan.  Dipanggil-panggil nama pun, si Putih tidak mau menoleh tapi nampak juga telinga dan ekornya respon.  ^ _ ^ Cute betul bah si Putih ni, pandai merajuk, pandai bergurau, pandai marah dan paling best si Putih pandai kejutkan saya bangun tidur setiap pagi.  Pendek kata tidak perlu pakai alarm clock, cuma alarm yang seekor ni ikut suka dia saja kejutkan orang.


Sekarang umur Putih sudah 3 tahun 9 bulan dan hampir tiga tahun lebih juga Putih memegang status Permanent Resident di Sarawak seperti saya, selain itu Putih dan saya juga berasal dari kampung yang sama ^ _ ^


Mengimbas kembali bagaimana saya bertemu dengan Putih, wah ... wah ... wah ... macam cerpen pula cara saya bercerita ni.  Sebenarnya, sebelum kemunculan Putih ... saya ada seekor anak kucing yang namanya Tempinai ataupun nama glemernya si Pinai.  Si Pinai ni pun seekor kucing yang bijak, cute dan juga rajin menjalankan tanggungjawabnya sebagai alarm clock setiap hari.  Paling best kami akan berkongsi sama rata roti atau bun yang saya beli.


Malangnya, umur si Pinai tidak panjang gara-gara saya terlanggar ketika sedang mengundurkan kereta.  Apa lagi menangis tahap gaban la saya ketika itu sambil mendukung si Pinai yang menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan saya.  Mau pergi klinik haiwan pun ... klinik sudah tutup, lagi pula setakat ni di negara kita belum ada lagi talian kecemasan khas untuk haiwan peliharaan yang mengalami kemalangan atau kecederaan.


Sedih pula bila mengenang peristiwa itu, tapi mungkin memang sudah ajal si Pinai, mungkin juga si Pinai tidak mahu ikut saya ke Sarawak, sedangkan saya dan si gaman sudah merancang untuk bawa si Pinai bersama selepas berkahwin.  Sayang, si gaman pun tidak sempat berkenalan dengan si Pinai.  Lebih seminggu juga saya bersedih dan menangis setiap kali teringat si Pinai.  Tapi tidak mengapa, sekurang-kurangnya memori bersama si Pinai masih tersemat di hati.


Tidak sampai sebulan selepas peristiwa itu, saya pun mintalah tolong dengan abang dan adik lelaki saya supaya minta seekor anak kucing yang ala-ala macam si Pinai daripada jiran sebelah rumah kami di kampung.  Adakah patut, saya suruh minta yang berwarna oren putih, dia orang ambi pula anak kucing yang berwarna putih dan bermata biru.  Jauh-jauh anak kucing ni datang dari Beluran ke Sandakan, saya pula yang tidak layan dan suruh mereka pulangkan semula.




Dipanjangkan cerita, adik perempuan saya pula buat hal, disuruhnya saya renung dalam-dalam mata anak kucing yang belum bernama itu.  Bak kata pepatah “dari mata turun ke hati”, saya pun ambil keputusan memelihara si anak kucing bukan pilihan yang dinamakan Putih sempena warna bulunya yang putih bersih.  Dalam tempoh seminggu bersama si Putih memang membosankan sebab si Putih ni asyik tidur  dan makan sahaja dan yang paling teruk si Putih ni tidak pandai mengejutkan saya bangun dari tidur setiap pagi.





Pintar

Tapi sedangkan pasir di pantai boleh berubah setiap kali dipukul ombak, inikan pula si Putih ^ _ ^ rupanya take time juga encik Putih ni mau membiasakan diri dengan environment di bandar, maklumlah sebelum ni dia tinggal di kampung.  Berkat makan Whiskas dan Friskies akhirnya si Putih menjadi seekor kucing yang pintar ^ _ ^ wah ... wah ... wah panjang juga cerita pasal dua ekor kucing ni.  Panjang lagi cerita ni tapi kisah seterusnya akan bersambung pada episod yang akan datang.















0 comments: