Bermula Dari Kegagalan





Google Pix

JIKA pada May 2009, saya bermula dengan sebuah blog yang menggunakan domain berbayar www.home-niaga.com.  Blog tersebut pernah menggunakan  "MyHomeNiaga" sebagai blog title.  Blog www.home-niaga.com pada mulanya cuba mengetengahkan topik berkaitan Rancangan Perniagaan.  Bagaimanapun, ketandusan idea berikutan kurangnya
kemahiran dan pengetahuan  dalam bidang tersebut telah menyebabkan
blog tersebut terbengkalai hampir setahun sehinggalah pada penghunjung 2009, saya  mengambil keputusan untuk memulakan sebuah perniagaan secara online.





Pada masa itu, tercetus idea untuk membuka sebuah butik online
yang menawarkan himpunan koleksi pakaian dan aksesori wanita dengan
menggunakan nama MyHomeNiaga Online Boutique.  Bagaimanapun, hasil
jualan tidaklah seberapa, sekadar cukup untuk menampung bil internet
dalam tempoh kira-kira tiga bulan.  Kesukaran untuk mendapatkan bekalan menyebabkan sekali lagi blog tersebut terkandas lagi di
tengah jalan.





Kemudian saya kembali dengan semangat baru untuk meneruskan
usaha  yang terhenti di pertengahan jalan.  Ketika itu, saya memilih
blog yang berkonsepkan penulisan gaya bebas dengan menggunakan nama
Dunia Penulisan HomeNiaga.  Tetapi, yang saya pernah katakan, minat dan pengalaman sebagai penulis sebenarnya tidak menjamin untuk
seseorang itu menjadi blogger yang berjaya.  Buat kali  yang ketiga,
blog tersebut sekali lagi gagal menepati tema dan konsep yang dipilih.




#Pada hari ini, saya mengambil keputusan untuk membiarkan blog tersebut terbengkalai dan  cuba menukar perhatian kepada blog yang menggunakan domain percuma,  http://myhomeniaga.blogspot.com ini.  Kali ini, bermula dari kegagalan, saya ingin melihat sejauh mana blog ini boleh bertahan.








Antara Dilema Seorang Blogger





Google Pix

ENTAH
untuk kali ke berapa sudah blog ini bertukar tema dan konsep.  Walaupun
sudah bertapak di ruangan maya sejak May 2009, blog ini masih belum
menemui
tema yang sesuai.  Rupa-rupanya bukan mudah untuk menjadi seorang blogger dan minat serta sedikit kemahiran dalam penulisan bukanlah jaminan untuk menjadi seorang blogger yang baik.  Inilah dilema yang sering melanda seorang blogger.





Saya yakin bahawa terdapat ramai lagi blogger di luar sana yang
pernah atau sedang berhadapan dengan situasi seperti ini.  Pemilihan
tema dan konsep yang tepat merupakan faktor yang perlu diberi perhatian
serius oleh setiap blogger.  Ini kerana, selagi tema yang dipilih tidak

serasi dengan jiwa, selagi itulah proses kemas kini di blog akan
terbantut.  Selain itu, keserasian jiwa si blogger dengan tema yang yang
dipilih akan menjadi pencetus kepada idea-idea kemas kini blog secara
berterusan.





Mungkin
ramai lagi yang menyimpan cita-cita ingin menjadi seorang blogger
berjaya, tetapi sehingga kini masih dibelenggu dengan pelbagai persoalan
tentang apa agaknya tema dan konsep yang sesuai dengan jiwa?
dan
apa agaknya kemahiran, kebolehan atau pengetahuan yang boleh
dikongsikan dengan berjuta-juta pengguna internet yang berpotensi
menjadi pengunjung blog anda?






#Sedang dalam dilema, apa agaknya tema/konsep yang serasi dengan jiwa supaya blog ini tidak menjadi projek 'gajah putih' seperti sebelum ini.