Upacara Meluas Tanah Perkuburan




Tanah perkuburan Holy Cross, Kuala Sapi, Beluran


Suatu ketika dahulu tanah perkuburan digambarkan sebagai tempat yang menakutkan dan hanya akan diziarahi untuk menyempurnakan upacara pengkebumian.  Kemudian, upacara 'meluas kubur' atau membersihkan kawasan tanah perkuburan ini dijadikan sebagai aktiviti tahunan di satu-satu perkampungan di mana satu tarikh ditetapkan bagi tujuan tersebut.







menziarah kubur nenek


Di kampung bapa saya iaitu Kuala Sapi, 31 Disember setiap tahun ditetapkan untuk upacara membersihkan kawasan tanah perkuburan.  Dahulu sebelum agama kristian mula berkembang, mereka yang mempunyai keluarga yang telah meninggal dunia percaya dengan meletakkan benda dan makanan yang digemari oleh si mati semasa hidupnya akan menyenangkan roh si mati.






Hujan tidak menghalang upacara kebaktian khas


Kini kepercayaan tersebut tidak lagi diamalkan.  Tanah perkuburan tidak lagi kelihatan bersih hanya pada 31 Disember tetapi kekal bersih sepanjang tahun dengan pengurusan pihak gereja dan sumbangan dana daripada jemaat.  Satu kebaktian khas diadakan di mana semua jemaat yang menziarahi tanah perkuburan akan berdoa bersama dengan dipimpin oleh paderi.  Selain itu, paderi juga turut menyampaikan khubah yang berkaitan.












Keluarga Kami Dan Kedai Runcit




Kedai runcit baharu mama


Saya sekarang masih lagi blogging dari Beluran
iaitu daerah dan kampung halaman tempat saya membesar.  Tiada istilah
bercuti-cuti Malaysia sekiranya balik ke sini kerana mama dan bapa saya
merupakan peniaga runcit kecil-kecilan.  Jadi kepulangan kami
adik-beradik ketika cuti krismas merupakan satu berkat bagi mereka
kerana kehadiran kami sedikit sebanyak dapat membantu mereka.








Kedai runcit di Taman Sungai Labuk


Berada
di sini sejak 19 Disember lepas, memang tiada istilah bermalas-malas
dan bersantai-santai.  Setiap hari dipenuhi dengan kesibukan terutamanya
saya yang memang rajin dalam soal susun menyusun barang-barang runcit di kedai runcit baharu keluarga kami yang baru dibuka pada 4 Disember lepas di lot kedai perumahan Taman Sungai Labuk, Pelantung.







Kedai runcit di rumah Kampung Keramat 2


Sementara kedai runcit di rumah Kampung Keramat 2 juga masih beroperasi dan kini diuruskan oleh bapa.  Kedai runcit ini kecil sahaja dan cuma menjual barang-barang keperluan harian untuk penduduk di kampung ini.  Walaupun agak kecil tetapi ianya sudah mula beroperasi dan diuruskan oleh mama sejak tahun 1990 lagi.






Kedai runcit di rumah hadapan hospital Beluran, tahun 1983


Seingat saya, kami adik-beradik memang membesar dalam suasana kedai runcit sehinggalah sekarang tinggal mama dan bapa yang masih meneruskan legasi mereka.  Sementara kami adik-beradik, masing-masing mempunyai keluarga dan kerjaya sendiri di Sandakan, Tawau, Tambunan dan saya di Kota Samarahan, Sarawak.  Sekiranya ada peluang, saya juga ingin membuka sebuah kedai runcit ... kunun-kunun ... impian ... cita-cita?








Selamat Hari Krismas 2011 Kepada Semua




Google Pix


Selamat Hari Krismas 2011 kepada semua semoga Krismas tahun ini penuh berkat berkelimpahan.  Tahun ini saya berkrismas bersama keluarga di Beluran, Sabah.  Tidak sangka, banyak betul perubahan di Beluran dalam tempoh tiga tahun tidak balik berkrismas.  Kanak-kanak semakin membesar, remaja semakin dewasa, dewasa semakin tua. Suasana di Kampung Keramat juga berubah.  Semakin sunyi dan kurang penduduknya kerana kebanyakan mereka berpindah ke PPRT Taman Sungai Labuk, Pelantong yang terletak kira-kira lima minit perjalanan menggunakan kereta.  Perubahan kadang-kala membuatkan kita rindu kepada perkara-perkara lepas yang pernah kita lalui.  Selamat Hari Natal 2011 & Tahun Baru 2012.















Kiosk Daftar Masuk Sendiri




Beratur untuk daftar masuk @ Kuching International Airport


Selamat Hari Isnin!  Ketika ini saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk penerbangan ke Kota Kinabalu dan seterusnya ke Sandakan untuk cuti-cuti Krismas 2011 sehingga 4 Januari 2012, maklumlah sudah tiga tahun tidak sambut Krismas bersama keluarga di kampung jadi alang-alang balik kampung biar sampai tahun depan.







Kiosk daftar masuk sendiri


Lebih setahun tidak menggunakan perkhidmatan bas udara, saya baru tahu sekarang ini penumpang tidak perlu lagi beratur lama di kaunter untuk tujuan  "check in", kini penumpang hanya perlu mendaftar masuk menggunakan Kiosk Daftar Masuk Sendiri yang disediakan berhampiran kaunter.  Difahamkan, kiosk yang menggunakan teknologi skrin sentuh, pembaca pasport dan kad bagi pengenalan serta
merta penumpang dan mencetak pas masuk kod bar 2D pada kertas thermal ini sudah mula diperkenalkan sejak setahun lepas.  Kiosk itu juga membolehkan penumpang mendaftar masuk seawal 48 jam sebelum berlepas.






Boeing 737 Flight MH 384


Ini kapal terbang MAS yang akan menerbangkan saya dari Kuching ke Kota Kinabalu pada jam 9.00 pagi nanti.  Penerbangan mengambil masa kira-kira 1 jam 35 minit dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.35 pagi.  Dari Kota Kinabalu - Sandakan saya akan menaiki pesawat MH 2046 yang akan berlepas pada jam 12.30 tengahari.  Yeah! tinggal beberapa jam lagi saya akan menjejakkan kaki ke kampung halaman.  Sehingga jumpa pada next post!








Pop Shuvit Gegar Anugerah Carta Borneo Era




Persembahan pembuka tirai oleh Pop Shuvit pada Anugerah Carta Borneo Era 2011 yang berlangsung malam tadi di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) memang cukup hebat dan menggegarkan.  Pada malam itu, Pop Shuvit mempersembahkan tiga buah lagu dari album mereka Cherry Blossom Love Affair antaranya Oh Shizuka dan Marabahaya.





Selain Pop Shuvit, acara malam tadi turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Mizz Nina, Hafiz,
Stacey, Najwa Latiff dan juara RockERA, Mayze.  Acara pula dihoskan
oleh para penyampai ERA fm Kuching, Osha, Hasmin dan Nazuan serta
penyampai Riuh Pagi ERA, Ray dan Haniff. 





Sementara itu, kesemua tiga kategori dipertandingkan dalam Anugerah Carta Borneo Era 2011 iaitu Lagu Borneo Paling Popular, Artis Solo/Band Borneo Paling Popular dan Artis Harapan Borneo dimenangi oleh Ir Radzi dengan lagunya Kontra Analisa.  Setiap
kategori menawarkan trofi dan wang tunai RM2,000.  Hafiz pula menerima anugerah khas Artis Pilihan Borneo Era fm.









Business Card Untuk Seorang Blogger?




 Perlukah Business Card/Name Card untuk blogger


Dalam tempoh setahun berdaftar di bawah Sarawak Bloggers, banyak pengalaman berharga yang saya perolehi menerusi aktiviti yang disertai.  Pada masa yang sama, setiap aktiviti yang saya ikuti juga secara tidak langsung turut membuatkan rangkaian sosial saya semakin berkembang.  Malah ada juga yang bertanyakan sekiranya saya mempunyai business card/name card untuk memudahkan mereka menghubungi atau melayari blog saya.  Soalan inilah yang sering membuatkan saya terpinga-pinga kerana saya memang seorang blogger tetapi saya bukanlah seorang blogger yang dikenali ramai.  Jadi, perlukah  atau wajarkah blogger biasa seperti saya memiliki business card?








16# Wordless Wednesday










Zee Avi Buat Peminat Di Kuching Tunggu Lama




Persembahan pembukaan oleh artis jemputan


Sesiapa yang menyaksikan Konsert Jelajah Ghostbird Zee Avi pada Sabtu lepas, pasti sangat terhibur dan rasa berbaloi walaupun penonton yang rata-ratanya peminat setia penyanyi kecil molek ini terpaksa menanti lama untuk artis ini muncul memulakan persembahannya di atas pentas.  Konsert diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di Petra Jaya dan tiket dijual pada harga RM78, RM98 dan RM158.  Sementara kami dua si gaman pula masuk dengan tiket percuma (free standing) yang diperolehi ketika menghadiri Public Talk oleh Sarawak Bloggers pada Expo ICT 2011 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).







Kemunculan Zee Avi buat suasana bertambah gamat


Persembahan yang dijadualkan bermula pada jam 8.00 malam itu seperti
yang tertera pada tiket hanya bermula pada kira-kira jam 9.00
malam.  Persembahan pembukaan pada malam itu dimulakan dengan lapan buah lagu persembahan akustik secara live oleh Imran atau Narmi yang juga pemain dram kumpulan One Buck Short.  Walaupun persembahan artis jemputan menghiburkan tetapi ternyata penyanyi kelahiran Sarawak yang popular dengan lagu "Kantoi" ini mempunyai auranya tersendiri apabila peminat setianya pada malam tersebut mula bersorak-sorak memanggil nama Zee Avi pada beberapa selang masa semasa persembahan pembuka tirai.






Penonton yang hadir pada konsert jelajah Ghostbird Zee Avi


Suasana bertambah hangat dengan sorakan penonton apabila akhirnya Zee Avi muncul memulakan persembahannya pada kira-kira jam 10.00 malam.  Memandang kaki sudah agak lenguh berdiri selama dua jam, saya dan si gaman merancang untuk beredar selepas mendengar dua buah lagu persembahan Zee Avi.  Bagaimanapun, hasrat tersebut kononnya ditunda kepada lima buah lagu berikutan persembahan Zee Avi yang cukup memukau dan menghiburkan.  Akhirnya tanpa sedar, kami terpukau untuk terus menyaksikan persembahan hingga ke lagu kesepuluh dan terakhir "Kantoi".












Dua Tiket Percuma Untuk Saksikan Konsert Zee Avi




Tiket free daripada Sarawak Bloggers


Saya dan si gaman betul-betul tidak menyangka yang kunjungan kami ke Expo ICT 2011 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu membolehkan kami mendapat dua tiket percuma untuk menyaksikan Konsert Jelajah Ghostbird Zee Avi yang diadakan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di Petra Jaya pada jam 8.00 malam hari yang sama.







Public talk @ Expo ICT 2011 Kuching


Kalau diikutkan, tujuan utama kami berdua ke expo ini adalah untuk mendengar public talk "Monetizing Ur Blog" oleh Sarawak Bloggers sambil cuci-cuci mata melihat pameran ICT.  Suatu kejutan apabila pada akhir sesi ceramah, Sarawak Bloggers menawarkan empat tiket percuma konsert Zee Avi kepada sesiapa yang berjaya menjawab soalan yang diberikan.  Jadi, dua daripada empat orang yang bertuah itu adalah saya dan si gaman. 






Showcase Anugerah Carta Borneo Era 2011




Kumpulan indie, Polar


Kumpulan indie, Polar dan Ir Radzi merupakan dua daripada lima finalis akhir Anugerah Carta Borneo Era 2011 yang hadir menjayakan Showcase Anugerah Carta Borneo Era 2011 pada malam tadi (Jumaat) bertempat di Curve bar, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching.  Polar dan Ir Radzi masing-masing mempersembahkan tiga buah lagu pada malam tersebut.






Ir Radzi


Showcase ini merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh Era fm Kuching untuk mempromosikan Anugerah Carta Borneo Era 2011
yang bakal berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 10 Disember depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).






Mayze


Pada malam tersebut, hadirin yang terdiri daripada pendengar setia radio Era fm Kuching serta tetamu jemputan berpeluang berhibur menyaksikan persembahan live Polar dan Ir Radzi secara dekat dalam suasana yang santai.  Suasana lebih 'gempak' lagi dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan Mayze iaitu kumpulan indie yang pernah menjuarai pertandingan RockERA DiGi.






Mana satu saya mau undi ni ???  Undi adalah rahsia :)


Selain menyaksikan persembahan artis indie tempatan, kami yang hadir turut mengambil kesempatan untuk mengundi secara online untuk artis pilihan bagi tiga kategori dipertandingkan iaitu Lagu Borneo Paling Popular, Artis Solo/Band Borneo Paling Popular dan Artis Harapan Borneo.  







Mengundi secara online


Lima finalis akhir iaitu Ir Radzi (Kontra Analisa), Polar (Majesty), Noenaki (Pepari), Hevance (Aku Nemu), dan RDZ ft Asraf Hardy & Farid Lucille (S.O.S), mungkin berpeluang menjadi pemenang untuk mana-mana kategori.  Keputusannya hanya akan diketahui pada malam anugerah kelak.





Jadi untuk sesiapa yang ingin menyaksikan Anugerah Carta Borneo Era pada 10 Disember ini, anda boleh merebut peluang untuk mendapatkan pas-pas masuk percuma dengan menghantar sms, taipkan KCH<jarak>Nama dan No.ic<jarak>sebab mahu ke Anugerah Carta Borneo ERA dan hantarkan ke 32555.








Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011




Menyaksikan aksi pantas pemain Indonesia


Pertembungan pasukan Malaysia dan pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 malam tadi memang cukup sengit dan penuh debaran.  Tekanan mungkin bukan sahaja dirasai oleh 'Team Malaysia' tetapi juga oleh seluruh rakyat Malaysia yang menonton perlawanan ini dari kaca TV masing-masing.






Putih memberi tumpuan kepada ketua pasukan Malaysia


Saya percaya perlawanan yang penuh dengan suspen pada malam tadi telah berjaya membuatkan semua penonton sesak nafas.  Bagi bukan peminat  fanatik bola sepak seperti saya, pelawanan tersebut telah membuatkan saya banyak menjerit ketika menonton aksi-aksi serangan daripada kedua-dua belah pihak yang seringkali hampir-hampir berjaya menjaringkan gol.







Betulkah si putih ni menonton atau secara kebetulan saja


Lebih menarik lagi, saya juga berjaya merakamkan aksi kucing kesayangan kami yang seperti turut menonton perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di antara Malaysia dan Indonesia.  Apa-apapun syukur 'Team Malaysia' berjaya memenangi emas selepas menewaskan Indonesia 4 - 3 menerusi sepakan penalti.












Notis Berhenti Kerja 24 Jam




Google Pix


Meninggalkan pekerjaan yang
menawarkan gaji RM1,500 + RM200 (technical allowance) + RM300 (performance
allowance) + RM60 (shift allowance) + OT dengan menghantar notis berhenti kerja
24 jam mungkin dianggap sebagai kerja gila oleh sesetengah orang.



Tetapi itulah yang saya lakukan
semalam/kelmarin dan hari ini bukan sahaja merupakan off day tetapi juga merupakan hari terakhir saya berkerja sebagai
seorang Customer Service Representative (CSR) di call centre sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia.



Serangan gastritis teruk yang
berpanjangan sejak sebulan lalu berikutan jadual meal break yang tidak menentu
cuma merupakan salah satu alasan yang menyebabkan saya mengambil keputusan untuk
berhenti serta-merta.  Tetapi, perkara paling utama ialah, saya harus berhenti menipu diri sendiri.  Tentang esok hari? ... pasti ada lagu baru.









Twenty Twenty Lokasi Sarapan Pagi Terbaik




Pork porridge + egg RM3.50


Mencari salah satu lokasi sarapan pagi terbaik di Kuching, saya menyarankan agar anda berkunjung ke kedai makan yang hanya popular dengan nama "2020" (twenty twenty).  Terletak di King Centre, Simpang Tiga, kedai makan yang sentiasa dipenuhi pelanggan pada sebelah pagi ini menawarkan pelbagai pilihan pada harga yang berpatutan.  *Sebelum itu, adalah dimaklumkan bahawa kedai makan ini tidak halal.







Popia sayur-sayuran RM2.00


Di sini terdapat pelbagai pilihan sarapan pagi yang boleh dikategorikan sebagai "sedap-sedap belaka".  Selain bubur, popia dan BBQ mee, terdapat juga laksa sarawak, seafood mee serta makanan bergoreng seperti mee goreng, nasi goreng, mee goreng kantonis, mee tomato dan lain-lain untuk dinikmati.







BBQ Mee RM4.00


Selain daripada makanannya yang sedap, kita juga turut mendapat layanan yang mesra dan pantas.  Pelanggan juga tidak perlu terpinga-pinga menunggu lama untuk memesan minuman kerana pelayan-pelayannya di sini sentiasa peka dengan pelanggan.  Malah, mereka juga turut membantu mencarikan tempat duduk kosong untuk pelanggan yang baru datang.  Perkara terakhir yang tidak kurang pentingnya iaitu tandas di sini juga bersih!












Kedai Buku Terapung MV Logos Hope




Kapal MV Logos Hope


Sudahkah anda berkunjung ke kedai buku terapung MV Logos Hope? Jika belum, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman berkunjung ke kedai buku terapung ini.  Walaupun sebelum ini pernah merasai pengalaman menaiki kapal tentera laut, tetapi perasaan ketika berada di kapal MV Logos Hope ini jauh berbeza kerana suasananya lebih mesra dan menyeronokkan terutamanya apabila melihat beribu-ribu buah buku.







Perasaan ingin tahu ...


Yuran masuk hanya RM1 untuk orang dewasa manakala bagi pengunjung
kanak-kanak yang berusia 12 tahun dan ke bawah kemasukan adalah percuma
dengan syarat mesti ditemani orang dewasa. MV Logos Hope dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 10
malam pada Isnin hingga Jumaat dan dari jam 1 petang hingga 10 malam
pada Ahad bermula 28 Ogos lepas hingga 13 November ini.  Difahamkan, MV Logos Hope akan ditutup kepada orang ramai pada Isnin, 31 Oktober dan Selasa, 8 November.






Pengunjung berpusu-pusu masuk


Daripada maklumat yang diperolehi daripada akhbar-akhbar tempatan, kapal ini dikatakan berlabuh buat pertama kalinya di Kuching.  MV Logos Hope juga mempunyai saiz
yang cukup luas selain mempunyai sudut kanak-kanak selain dilengkapi
‘International Cafe’ menjual ais krim, minuman dan makanan ringan serta
‘Visitor Experience Deck’ berhawa dingin untuk diterokai orang ramai.






Sesi penerangan ringkas


Sebelum dibenarkan masuk ke ruangan kedai buku, pengunjung terlebih dahulu diberikan penerangan ringkas mengenai MV Logos Hope oleh seorang sukarelawan yang bertugas. 






Sejarah MV Logos Hope


Di kawasan menyambut tetamu ini, kami tidak melepaskan peluang untuk membaca sejarah kewujudan
MV Logos Hope yang menggantikan MV Doulos yang kali terakhir mengunjungi
Kuching pada 10 Disember 2008 hingga 3 Januari 2009.







Ruangan kedai buku


Bertemakan ‘ Membawa pengetahuan, bantuan dan harapan’, kapal Logos Hope
yang berlabuh di pelabuhan Sim Kheng Hong, Pending, Sarawak menawarkan
lebih 5,000 tajuk buku kepada pengunjungnya, bermula
dari sains, sukan, resipi, seni hinggalah buku kanak-kanak pada harga
yang berpatutan.






Pelbagai jenis buku








Harga mengikut points








Seksyen kamus








Believe it or not!








Seksyen Spritual Life








The Right To Die???








Bersama maskot kapten








Masa untuk pulang ^_^










Sidang Media Anugerah Carta Borneo Era 2011





Sidang Media

Ini merupakan pengalaman pertama saya menghadiri sidang media sebagai seorang blogger dan semuanya berjalan baik walaupun saya malu-malu tekuyung.  Sidang media ini diadakan oleh Era fm Kuching untuk Anugerah Carta Borneo Era 2011 di mana penulis blog dari Sarawak Bloggers antara yang dijemput hadir selain wartawan akhbar tempatan.






Wakil Sarawak Bloggers:  Joachim & me

Apa yang menarik, sebagai blogger yang bernaung di bawah Sarawak Bloggers, saya berpeluang melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti menarik dan juga menambahkan lagi rangkaian kenalan baru.  Dalam sidang media yang singkat ini saya berpeluang berkenalan dengan Joachim serta beberapa orang penting Era fm Kuching.






Joachim bersama anggota Lintasan Skuad Era FM iaitu Fonsby & Carrie

Sidang media ini diadakan bagi menghebahkan senarai pencalonan awal 25 artis indie tempatan dalam Carta Borneo Era 2011.  Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu Lagu Borneo Paling Popular, Artis Solo/Band Borneo Paling Popular dan Artis Harapan Borneo.  Difahamkan, pemenang setiap kategori dipilih 100% melalui undian yang dibuat oleh pendengar Era fm Kuching melalui laman web www.era.fm/kuching sejak 24 Oktober lepas.  Undian peringkat pertama akan ditutup pada 6 November ini.






Chris (Executive, Integration Operations Era ), me & Nazuan (Penyampai Penyampai Radio Era Kuching)

Lima artis yang mendapat kedudukan tertinggi dalam setiap kategori
setelah selesai undian peringkat pertama akan berentap dalam undian
pusingan kedua bagi menentukan pemenang mutlak.  Pemenang setiap
kategori bakal membawa pulang trofi dan wang tunai RM2,000.  Selain itu,
Era fm juga turut memberikan anugerah Artis Pilihan Borneo Era fm
sebagai penghargaan kepada artis tempatan yang telah membuat sumbangan
bermakna dalam industri muzik tanah air.






Penyampai Radio Era Kuching, Osha

Acara Anugerah Carta Borneo Era 2011 akan berlangsung pada 10 Disember ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).  Acara ini bakal dimeriahkan lagi dengan persembahan Mizz Nina, Pop Shuvit, Hafiz, Stacey, Najwa Latiff dan juara RockERA, Mayze.  Acara juga akan dihoskan oleh para penyampai ERA fm Kuching, Osha, Hasmin dan Nazuan serta penyampai Riuh Pagi ERA, Ray dan Haniff.








Akur Band (Bisa Kau Berkata), Crashin Butterfliez (Bukannya Mudah), Neonaki (Pepari), Najib (Pintaku), Iris Band (Kamu Aku Satu), Caynie De (Yen Ji Kaau), Soul Catchez (Bawalah Aku), RDZ (S.O.S), ZK Band (Kehilanganmu), Avin (Sang Mentari), Claudia Gerez (Rasakan), Ir Radzi (Kontra Analisa), Polar (Majesty), Shal Sagan (Heartbeat), Evenstarr (Lies), Ethnic Transmission (Pulai Penghujung), The Moonlight (Curiga), Hevance (Aku Nemu), Rubber Duckies (Grooves Are Coming Down), Chinterlizer (Jelita), Love/Comes (At Ellis Road),  Cermin (Bintang), Mayze (Sebuah Kisah Dengan Dialognya Sekali), Yasir (Ke Puncak Itu) dan Carrie (Confusion).








Dua Tahun Lagi Sebelum Ulser Perut




Google Pix


GASTRIK menyerang lagi ... Masuk hari ini, sudah tiga kali saya terpaksa mengambil MC dalam tempoh dua minggu bekerja berikutan menerima serangan gastrik yang kaw-kaw punya.  Serangan paling teruk berlaku pada sekitar jam 3.00 dan jam 4.00 pagi menyebabkan saya tidak mendapat tidur yang mencukupi ... hasilnya badan lesu dan mata pun macam panda, manakala berat badan sudah susut 2 kilogram.





Mesti ramai yang tahu bahawa penyakit gastrik
berpunca daripada amalan tabiat makan yang tidak mengikuti waktu yang tetap.
Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang
pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, dan kadang-kadang jam menghampiri pukul 2.00 pun masih belum makan tengahari.  Untuk pengetahuan, inilah suasana yang perlu saya hadapi setiap hari di tempat saya bekerja sekarang ... jadual meal break sentiasa berubah-ubah mengikut shift.





Menurut maklumat yang saya perolehi, difahamkan setelah penyakit gastrik dikesan dan tabiat tidak mengikuti waktu yang tetap masih
diteruskan, dijangkakan dalam tempoh 2 tahun lagi, penghidap gastrik akan
mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser
perut
.  Dua tahun lagi ... argghhh ... sungguh menakutkan!





p/s:  Dinasihatkan oleh staff HR untuk mendapatkan surat bertulis dari doktor yang mengatakan bahawa saya perlu makan mengikut masa untuk memohon perubahan jadual meal break mengikut masa yang tetap.