Big Give Sahabat Contest








Selalunya, rakan-rakan blogger akan tag saya untuk menyertai mana-mana contest tapi kali ini, saya sendiri terjumpa dengan satu contest menarik iaitu Big Give Sahabat Contest yang dianjurkan oleh cikgu Sudirman Abdul Rahman.  Syarat utama untuk menyertai contest ini mudah sahaja, anda cuma perlu bercerita mengenai SAHABAT.  Sesiapa yang berminat untuk menyertai contest ini, sila klik pada gambar di atas untuk maklumat lanjut.





Bila bercakap mengenai kawan, sama seperti orang lain saya juga berkawan dengan ramai orang dan mempunyai pelbagai jenis kawan dengan macam-macam karenah.  Tetapi, bila menyentuh soal sahabat pula, saya mentafsirkan 'sahabat' sebagai seseorang yang sangat akrab dan dipercayai di mana saya boleh berkongsi pelbagai perkara suka dan duka tanpa sebarang keraguan.  





Memandangkan, saya mempunyai dua orang 'sahabat', jadi saya akan bercerita mengenai kedua-dua mereka ini.










Mama ku Sahabat ku




Wanita yang bergelar mama inilah orang yang paling saya
percaya.  Mana tidak, saya sudah mengenali mama sejak berada dalam
kandungan selama sembilan bulan lagi sehinggalah mencecah usia 34 tahun
ketika ini.  Kalau menyentuh soal betapa saya menyayangi mama,
percayalah memang tiada perkataan yang mampu diungkapkan untuk
menggambarkan perasaan sayang itu.  Setiap detik bersama merupakan
kenangan manis dan kadang-kadang berharap masa itu dapat diputar
semula.  Perkara paling kelakar mengenai mama ialah apabila melihat mama
ketawa sendiri sebelum cerita lucu yang hendak disampaikan kepada kami
habis diceritakan.



 Adik ku Sahabat ku




Adik ku ini merupakan satu-satunya adik perempuan ku
daripada lima beradik.  Jadi memang perkara biasa sister-sister sering
digambarkan sebagai 'sahabat'.  Membesar bersama dengan beza usia enam
tahun tidak pernah menghalang kami untuk berkongsi pelbagai perkara
termasuklah berkongsi pakaian, sandal, aksesori, alat solek, beg tangan
dan macam-macam lagi termasuklah berkongsi personaliti senyum suka
tayang gigi.  Sama seperti saya menyayangi mama, begitu jugalah saya
menyayangi si adik ku ini.  Perkara paling kelakar mengenai si adik ku
ini ialah sikapnya yang suka paksa kakaknya ini mendengar semua cerita
dan luahan hati dia walaupun dia tau kakaknya ini kebosanan tahap
gaban.










0 comments: