Kreativiti yang memudaratkan orang lain




Pix from google





Terkejut ada, rasa tidak percaya pun ada selepas menonton berita mengenai telur tiruan yang disiarkan di Buletin Utama TV3.  Tidak sangka pula, ada pula manusia yang cuba mengambil alih tugas si ibu ayam untuk menghasilkan telur ayam.  Inilah yang dikatakan pintar, kreatif dan inovatif dalam usaha membantu kerajaan untuk memastikan bekalan telur ayam sentiasa mencukupi.  Secara peribadi, saya memang cukup kagum dengan pencipta telur ayam tiruan ni, tapi malangnya hasil kreativiti mereka ini mampu mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai.





Menurut berita yang disiarkan, perkara ini terbongkar setelah Persatuan Pengguna Pulau Pinang menerima aduan daripada seorang suri rumah yang
membawa telur berkenaan ke pejabatnya selepas mendapati sesuatu yang
mencurigakan ketika cuba memasaknya. Siasatan yang dijalankan oleh persatuan itu mendapati kulit telur
palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium
karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan
daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida,
air serta bahan pewarna makanan.


















0 comments: