Selamat tinggal Kampung Semban |
Hari terakhir di Kampung Semban merupakan hari yang paling sukar, kerana mengucapkan selamat tinggal bukanlah suatu perkara yang saya gemari. Tepat jam 9.00
pagi, kami mula bergerak meninggalkan Kampung Semban. Kami difahamkan,
perjalanan dari Kampung Semban ke empangan Bengoh lebih singkat iaitu
tiga hingga empat jam. (Saya pula mengambil masa empat jam 30 minit
untuk sampai ke empangan Bengoh).
Deckson & Uncle Awang pantas menuruni bukit |
Cuaca panas terik membuatkan kami cepat letih |
Berehat sebentar di kunt ilau (pondok rehat) bersama porter |
Tiba di Kampung Bojong & di sini kami singgah berehat sambil minum minuman sejuk |
Lebih banyak menuruni bukit tetapi tetap ada bukit yang perlu dinaiki |
Berhenti rehat lagi untuk memulihkan stamina |
Sempat juga si sang rama-rama singgah berehat di atas topi Uncle Awang |
Kami turut terserempak dengan penduduk Kampung Semban yang sedang memikul bekalan barang-barang runcit yang beratnya mungkin mencecah lebih 20 kilogram. |
Kami kemudiannya meneruskan perjalanan yang pada saya masih cukup mencabar. Inilah keistimewaan eko pelancongan di Kampung Semban, mewah dengan cabaran. |
Memandangkan saya yang paling perlahan, jadi Deckson, Uncle Awang & porter akan menanti saya di lokasi-lokasi rehat berhampiran. |
Nampaknya, perasaan gayat ketika meniti dua jambatan buluh gantung sudah tidak mengganggu tumpuan lagi. Teknik catwalk juga bertambah baik. |
Ini merupakan antara laluan yang agak licin dan curam. Ia juga merupakan lereng bukit terakhir yang perlu dinaiki sebelum tiba ke empangan Bengoh. |
Akhirnya kami sampai, dan saya merekodkan masa lebih 4 jam 30 minit |
Letih tetapi sangat menyeronokkan, itulah yang dapat saya gambarkan mengenai trip kami ke Kampung Semban ini. Terima kasih diucapkan kepada Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) kerana menaja trip empat hari tiga malam (22 - 25 Mac 2011) di Kampung
Semban.
Terima kasih juga kepada Sarawak Bloggers kerana memilih saya mengikuti ekspedisi penuh dengan cabaran yang menyeronokkan ini. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada ketua ekspedisi, Deckson Bundak (STB Tourist Coordinator), Uncle Awang serta Sagen Adan (pengusaha eko pelancongan Kampung Semban).
Bagi anda yang gemarkan cabaran, apa kata anda memilih Kampung Semban sebagai destinasi seterusnya. Pakej eko pelancongan empat hari tiga malam di Kampung Semban pasti tidak mengecewakan anda. Untuk maklumat lanjut berhubung pakej eko pelancongan Kampung Semban, sila hubungi Sagen Adan (014-8808123) atau Deckson (082-410944).
Pautan | Eksplorasi Pena & Lensa Di Kpg Semban | Sebelum Ekspedisi (1) | Ekspedisi Bermula (2) | Keindahan Air Terjun Susukng & Pent (3) | Panorama Di Kampung Semban (4) | Matahari Terbit Di Gunung Kapang (5) | Tembakau Kampung Semban (6) | Pokok Tapang Tertinggi & Terbesar (7) | Bersama Tradisi Yang Bakal Pupus (8) | Selamat Tinggal Kampung Semban (9) |
0 comments:
Post a Comment