Biarkan Peralatan Tradisional Tinggal Kenangan




Melihat kembali peralatan tradisional seperti pengisar padi, lesung penumbuk padi dan  pemerah tebu yang dipamerkan di Sarawak Timber Association (STA) Exhibition Centre, terlintas difikiran bahawa betapa bertuahnya saya dan si gaman dilahirkan pada era moden di mana semua peralatan ini hanya tinggal kenangan.









Pengisar padi


Demi kelangsungan hidup membuatkan penduduk tempatan pada zaman lampau begitu inovatif mencipta dan menggunakan peralatan
tradisional seperti penumbuk dan lesung, pengisar padi malah pembajak
dan alat tuai untuk menuai padi. 







Lesung penumbuk padi


Dan, betapa beruntungnya kita kerana arus pemodenan mengubah semua ini dan sejak tahun 1980-an
semua peralatan tradisional itu hanya menjadi perhiasan atau dipaparkan
di muzium, di mana penggunaannya hanya sebagai aktiviti demonstrasi
kepada para pengunjung.






Pemerah tebu


Pada hari ini di mana hampir semua peralatan telah ditransformasikan menjadi mesin bagi memudahkan dan mempercepatkan semua kerja pun tetap masih juga terasa malas ^_^





p/s: Kalau boleh mau dapatkan robot vacuum cleaner yang pakai remote control, washing machine yang boleh kutip kain untuk dicuci, rice cooker yang pandai ambil beras dan basuh seterusnya masak hehehe ...








6 comments:

echaRierie said...

haha..sa setuju yg perenggan kedua terakhir tue..

eya bha skrg ni semua brg dulu2 jd perhiasan di muzium ja..tggl kenangan bilang..hehe :D

MyGamanBorNeo said...

@echaRierie hahaha ... robot vacuum cleaner yg pakai remote control sudah ada, yang dua lg tu belum wujud lagi haha

Aki said...

Campen c Aki teka tu ari kan Kak?? c Aki kan Anak Iban,msti tau punya.. ^_^.v.. Hehehe..

MyGamanBorNeo said...

@Aki hahaha ... mimang ko campen owh. nasib tiada hadiah hahaha

LennMommaChubby said...

d rumah nenek sa masih ada alat pengisar padi... ^^

MyGamanBorNeo said...

@LennMommaChubby wah lenn, bagus dijaga bagus2 tu kasi jadi hiasan dalaman.