Buah Tunjuk Langit Daripada TYZO

Sesiapa yang mengenali MGB pasti sedia maklum bahawa kami merupakan pengedar produk makanan/minuman kesihatan keluaran TYZO Buah Tunjuk Langit.  Bermula sebagai pengguna biasa, kami seterusnya menjadi pengedar berikutan tertarik dengan khasiatnya yang menyeluruh.  Boleh lihat khasiat produk ini di sini:  Khasiat Produk Tyzo Buah Tunjuk Langit.

Buah tunjuk langit yang belum diproses
Pernah tengok buah tunjuk langit depan mata?  Kami berdua?  Inilah pertama kali kami melihat dengan mata kepala sendiri buah yang mempunyai pelbagai khasiat ini.  Sebelum ini kami cuma melihatnya dalam gambar dan tv.

Kepingan buah tunjuk langit yang telah dikeringkan
Sampel buah tunjuk langit ini kami dapatkan daripada TYZO untuk dipamerkan kepada pengunjung pada flea market akan datang.  Kami percaya ramai di luar sana yang belum melihat buah tunjuk langit sebenar.  Jadi, nantikan MGB pada flea market yang akan datang.

Kapsul buah tunjuk langit
Bayangkan, kalau dahulu orang tua-tua kita terpaksa menahan rasa pahit demi kesihatan, kini pengambilannya lebih mudah dan mesra pengguna.  Idea menjadikan buah sepahit-pahit buah tunjuk langit ini lebih mesra pengguna memang sangat hebat! 

4 produk Tyzo Buah Tunjuk Langit
Tyzo mengeluarkan tiga jenis minuman empat dalam satu (4 in 1) iaitu Swietenia Coffee, Swietenia White Tea dan Swietenia Chocolate.  Satu lagi produk keluaran Tyzo ialah Kapsul Buah Tunjuk Langit.  Beberapa testimoni pengguna boleh KLIK DI SINI.

2# Resepi: Sambal Buah Tunjuk Langit

Hari ini saya mengalami perasaan yang sangat luar biasa.  Perasaan itu membuatkan otak saya menjadi aktif dan timbul pelbagai idea-idea yang masuk akal dan juga tidak masuk akal.  Salah satunya ialah ingin mencuba resepi baharu untuk menu makan malam nanti.  Mau kasi suprise si gaman la konon-kononnya.

Sambal Buah Tunjuk Langit & Ikan Bilis
Mempersembahkan resepi terbaharu dari dapur MGB, Sambal Buah Tunjuk Langit! Mentang-mentanglah kan MGB pengedar produk Tyzo Buah Tunjuk Langit hehehe ... Hasilnya seperti gambar di atas.  Rasanya pahit sampai ke anak tekak tapi masih boleh dimakan.

Antara bahan-bahan yang diperlukan
Ingin mengambil risiko mencuba resepi Sambal Buah Tunjuk Langit?  Bahan-bahannya sangat ringkas dan dan cara penyediaannya sangat mudah.  Tapi saya kurang pasti sama ada menu ini boleh dikategorikan sebagai menu sihat ataupun tidak.  Ok la ... terus kepada bahan-bahan dan cara penyediaannya di bawah.

Buah tunjuk langit yang telah dicincang
Bahan-bahannya:
Sedikit buah tunjuk langit yang telah dicincang halus.
1 genggam ikan bilis.
1 ulas bawang merah & 1 ulas bawang putih yang dihiris halus.
1 biji bawang besar yang telah dipotong dadu.
2 sudu cili boh.
4 sudu besar gula.
Minyak untuk menumis.

Cara memasak:
Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.  Seterusnya, masukkan cili boh, ikan bilis dan buah tunjuk langit.  Tumis sehingga pecah minyak.  Akhir sekali masukkan empat sudu besar gula sebagai bahan perasa bagi mengurangkan rasa pahit.

Selamat mencuba & menjamu selera.  Sehingga bertemu kembali pada entri akan datang yang mungkin masih berkisar mengenai buah tunjuk langit.

1# Aksi Tidur Kucing-Kucing MGB


Putih si Big Boss

Hitam si kucing pelawat

Bengal si pembuli

Patty si mangsa buli


MGB & Walai Krusye @ CNY Bazaar

MyGamanBorneo (MGB) dan Walai Krusye, daripada blog kepada perniagaan.  Kalau dahulu cuma blog kraf Walai Krusye sahaja yang terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan, kini blog MGB milik kami dua si gaman juga turut menerjunkan diri dalam dunia perniagaan.

Tokeh MGB & Walai Krusye
Dunia perniagaan ... cewah!  Berbeza dengan Walai Krusye yang fokus kepada produk kraftangan, MGB pula memilih untuk memperkenalkan produk makanan dan minuman tambahan kesihatan TYZO Buah Tunjuk Langit.  KLIK link ini untuk ketahui khasiat buah tunjuk langit.

Tokeh MGB no.2
CNY Bazaar ini dianjurkan oleh The Bloom Bazaar (TBB) dan ini merupakan kali pertama kami menyertai flea market anjuran TBB.  Sebelum ini, kami pernah menyertai Tweet Market dan Green Heights Mall Weekend Flea Market.

Sesi layan diri dengan benang & jarum
Gambar-gambar di bawah merupakan antara penjaja yang menyertai CNY Bazaar bertempat di Riverside Shopping Mall Kuching pada 18 dan 19 Januari lepas.  Terdapat 13 penjaja yang terlibat.  Kebanyakan mereka mempunyai kedai online dan sering menyertai flea market sebagai salah satu langkah promosi.

Menjual pelbagai barangan keperluan wanita

Menjual pelbagai makanan dan minuman untuk CNY

Menjual pakaian dan aksesori wanita

Menjual pelbagai jenis kek dan manisan

MGB & Produk Tyzo @ CNY BAZAAR 18 - 19 Jan

Stok produk TYZO Buah Tunjuk Langit untuk CNY Bazaar
Buat julung-julung kalinya MGB akan keluar mempromosi makanan/minuman tambahan kesihatan TYZO Buah Tunjuk Langit di CNY BAZAAR bertempat di Riverside Shopping Complex, Kuching pada 18 dan 19 Januari, dari 11.00 pagi hingga 9.00 malam.   

Hamper CNY
Memandangkan temanya ialah sambutan Tahun Baru Cina, tercetus idea di kepala kami dua si gaman untuk menyediakan hamper produk Tyzo Buah Tunjuk Langit dan hasilnya seperti yang dalam gambar.  

Ok lah, sesiapa yang terbaca entri dan berada di sekitar Kuching atau Kota Samarahan sudi-sudilah singgah ke gerai kami.

Lagi ... Kes Buang Anak Kucing

16 Disember 2013 lepas Bengal, anak kucing yang dibuang berdekatan dengan rumah telah kami angkat menjadi kucing peliharaan.  Sekarang ni, si Bengal ataupun nama manjanya ben-ben membesar dengan sihat.  Kalau ikut saiz, mungkin usia si ben-ben kira-kira 5 - 6 bulan.

Bengal
Mula-mula kami ingatkan si Bengal ni kucing betina, tapi kucing jantan rupa-rupanya.  Patutlah nakalnya luar biasa.  Kami namakan Bengal sebab bulunya yang ala-ala kucing 'bengal'.  Tapi cek punya cek ... Ben-ben ni rupa-rupanya ada suku-sakat dengan spesis 'American Bobtail' ... kunun-kununnya.

Patty
Terkini ... seekor lagi anak kucing yang kami angkat menjadi kucing peliharaan untuk dijadikan teman si Bengal.  Anak kucing betina dalam usia kira-kira 2 bulan.  Kucing ni kami 'adopt' dari pusat jagaan haiwan di Tabuan Jaya.  Kami namakannya Patty.

Patty yang masih takut-takut
Menurut pengusaha pusat jagaan haiwan ini, Patty ditemui di dalam kotak yang diletakkan dihadapan premis perniagaannya seminggu yang lepas. Menurut, pengusaha tersebut ... Patty kemungkinan besar mix-breed ala-ala British Shothair ... cewah!

Kalau kami tengok, si Patty ni sebenarnya spesis kucing siam (Burmese Cat).  Apa-apapun spesis si Patty, dia sudah sah menjadi keluarga kucing-kucing MGB.  Kalau ada lagi 10 ekor kucing terbuang yang datang ke rumah ... nampaknya lebih baik kami buka bisnis 'pet home' .... Amen.

Rujukan CTOS dan Penamatan Perkhidmatan P1

Berikut merupakan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd ("P1") mengenai kesulitan berhubung rujukan CTOS dan penamatan perkhidmatan.

P1 dalam kenyataan medianya memaklumkan bahawa pihaknya telah membuat pemerhatian dan menyedari kesulitan yang dihadapi bekas pelanggan berpunca daripada rujukkan CTOS.  

Kesulitan berhubung pertanyaan mengenai status penamatan perkhidmatan pula dikatakan berpunca daripada wujudnya jurang pemahaman mengenai proses penamatan serta terma dan syarat perkhidmatan P1.

Sehubungan itu, P1 menggesa semua pelanggan mereka untuk tampil dan berhubung terus dengan pihaknya sekiranya mereka telah dirujuk dengan CTOS oleh P1 atau ingin mengesahkan status mereka untuk penamatan perkhidmatan P1.  

Selain itu, pelanggan P1 boleh menggunakan saluran berikut untuk melaporkan kes mereka dengan mudah untuk siasatan segera.

Borang Sokongan Online
Lawati laman web kami @ www.p1.com.my
Pilih “Customer Care” diikuti dengan “Online Support”
Ruang Sembang (Chat)
dalam Talian

Pusat P1 (P1 Centres)

P@ddock - Selangor
Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd, Packet Hub, Level G, 159, Jalan
Templer, 46050, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Waktu Operasi:
- 9 a.m. – 6 p.m. (Isnin ke Jumaat)
- 9 a.m. – 1 p.m. (Sabtu)
- Tutup pada hari Ahad dan Cuti Umum.

P1TSTOP - Penang
Blk G-21-1,2 & 3, Bay Avenue, Lorong Bayan Indah Satu, 11900, Penang,
Malaysia.

Waktu Operasi:
- 9 a.m. – 6 p.m. (Isnin ke Jumaat)
- Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

P1TSTOP - Johor Bahru
43A, Jln Molek 1/29, 81100 Taman Molek, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Waktu Operasi:
- 9 a.m. – 6 p.m. (Isnin ke Jumaat)
- Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

Dalam pada itu, pihaknya juga memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami sama ada dalam proses penjelasan status langganan atau masalah dirujuk kepada CTOS.  P1 juga memberi jaminan bahawa usaha menyelesaikan masalah tersebut akan dipergiatkan lagi.  

Untuk maklumat lanjut mengenai CTOS dan proses penamatan perkhidmatan daripada P1, sila layari http://www.p1.com.my.

NOTA KEPADA EDITOR

Mengenai CTOS dan APK.
CTOS yang berada di bawah kawal selia Agensi Pelaporan Kredit (APK) berfungsi untuk menyusun data sedia ada daripada orang awam yang biasanya digunakan merentas pelbagai industry untuk membantu perniagaan dalam membuat keputusan yang lebih tepat. APK mengawal selia entiti awam dan swasta menyediakan kemudahan dimana penyedia kredit dan pihak yang berminat untuk menggunakannya dibolehkan untuk memeriksa kelayakan kredit seseorang sebelum menawarkan perkhidmatan atau kredit.

Di Malaysia, APK termasuk:
o CCRIS : Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System)
o CTOS : Credit Tip-Off System
o DCHEQS : Sistem Maklumat Cek Tak Laku (Dishonoured Cheque Information System)
o RAM : RAM Holding Bhd & DP Information Network Pte Ltd
o FIS : Financial Information Services Sdn Bhd

Bila dan mengapa P1 menggunakan CTOS?
P1 telah melaksanakan mekanisme sejak tahun 2010 untuk memerangi penyalahgunaan yang bersifat oportunistik oleh penghutang ke atas produk dan perkhidmatan kami.

Bagaimana untuk mengetahui sekiranya sesorang itu telah dirujuk ke CTOS?
Dengan melakukan semakan sendiri melalui ‘CTOS Self Check’, pengguna dapat melihat sekiranya CTOS telah disenaraikan sebagai perujuk dagangan (trade referee) ke atas mereka.  Jika itu berlaku, pengguna boleh menghubungi CTOS untuk melihat sekiranya mereka telah disenaraikan oleh P1 atau syarikat lain.

· Mereka boleh melakukan semakan sendiri CTOS dengan cara berikut:
o Melalui telefon bimbit – Muat turun aplikasi CTOS daripada iTunes atau Google Play and ikuti arahan yang terkandung di dalamnya.
o Melalui talian (online) – Log masuk ke http://ctosid.ctos.com.my. Lengkapkan borang pendaftaran dalam talian dan hantarkan salinan MyKad untuk pengesahan CTOS.
o Datang sendiri ke pejabat CTOS bersama MyKad anda.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Michael Chan, Group Corporate Communications
Telefon: +603 74508375
Telefon bimbit: +6017 2061622
Emel: michael.chan@packet-1.com

Selamat Tahun Baru 2014

Tahun baru, hari baru, azam baru dan cabaran baru untuk 2014.  Semoga kita semua lebih diberkati dalam segala hal sepanjang tahun 2014 ini.  Diharapkan juga semoga semua yang dirancang pada tahun ini berjalan dengan lancar dengan berkat Tuhan.

Gambar pertama 2014
Ini merupakan kali ketiga kami berdua menyambut tahun baru bersama walaupun sudah hampir tujuh tahun usia perkahwinan.  Kali pertama pada tahun 2008 dan kali kedua pada 2009.  Pada 2010 - 2012 pula, saya menyambut tahun baru di Beluran bersama keluarga, sementara si gaman menyambut tahun baru di Kuching.

Ready mau jalan-jalan ukur kedai
Untuk tahun baru 2014 ini, aktiviti kami berdua ialah jalan-jalan "ukur kedai" (window shopping).  Maklumlah, cuaca hujan berpanjangan pastinya tidak mengizinkan kami untuk merancang aktiviti menarik di luar dari bumbung-bumbung shopping mall.  

 ... dan kami percaya ramai yang terperangkap di dalam shopping mall pada hari ini gara-gara hujan.  Bunyinya sangat tidak menarik untuk permulaan tahun baru hehehe ... apa-apa pun kami ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2014".  Sehingga bertemu lagi pada entri akan datang.