Hari Ke-7: Cabaran 14 Hari Menurunkan Berat Badan

Nampaknya hari ini masuk hari keempat saya tidak makan nasi ... rasa kurang seronok juga sebab saya ni penggemar nasi.  Tapi, bila memikirkan badan semakin berlekuk-lekuk macam cempedak ... baju-baju semakin sempit ... berat badan semakin membebankan lutut ... jadi rasanya tidak rugi apa-apapun jika tidak makan nasi. Untuk menghabiskan tempoh cabaran yang masi berbaki tujuh hari ini, saya akan cuba untuk tidak mengambil nasi.  Berikut menu diet saya pada hari ini.


Sarapan:
1 keping roti bijiran penuh + 2 sudu besar peanut butter + 1 cawan kopi berkafein + 1 biji pisang

Makan tengahari:
1/2 cawan mihun + 1 cawan sayur campur

Minum petang:
3 keping biskut kering + 1 cawan kopi berkafein

Makan Malam:
Tanghun sup

*Minum air yang banyak*

Berat Asal:
58kg

Berat Sekarang:
57.4kg (turun 600g)

Hari Ke-6: Cabaran 14 Hari Menurunkan Berat Badan

Hari ini rasa bersemangat betul sebab berjaya menurunkan berat badan kepada 57.4kg berbanding 58kg.  Pengurangan sebanyak 600 gram dalam tempoh lima hari.  

Keputusan berat badan pada hari ke-6

Menu hari ke-6
Sarapan:
2 keping roti bijiran penuh + 1 sudu besar peanut butter + 1 cawan kopi berkafein

Makan tengahari:
1 keping roti bijiran penuh + 1 scrambled egg + 1 cawan kopi berkafein

Minum petang:
1 biji epal bersaiz kecil

Makan Malam:
1/2 cawan mihun + 1 cawan sayur + 1 mangkuk sederhana sup ayam

*Minum air yang banyak*

Senaman:
Tugasan rutin harian

Berat Asal:
58kg

Berat Sekarang:
57.4kg ( turun 600g)

Hari Ke-5: Cabaran 14 Hari Menurunkan Berat Badan

Menu diet hari kelima lebih kurang sama saja seperti hari keempat.  Diet tanpa nasi.  Hidup terasa tidak sempurna tanpa nasi.  Ada yang mencadangkan supaya saya menggunakan kaedah diet atkins ... tapi sebenarnya saya mensasarkan untuk mencuba kaedah diet yang berbeza dan boleh dikatakan agak extreme pada hari kelapan nanti.

Diet tanpa nasi
Sarapan:
1 keping roti paratha + 1 cawan kopi berkafein

Makan tengahari:
Telur dadar (tanpa minyak) + 1 sosej panggang + 1 cawan sayur

Minum petang:
2 keping roti bijiran penuh + 1 sudu besar peanut butter + 1 cawan kopi berkafein

Makan Malam:
1/2 cawan nugget ayam + 1 cawan sayur

*Minum air yang banyak*

Senaman:
Tugasan rutin harian.

Berat sekarang:
58kg

Hari Ke-4: Cabaran 14 Hari Menurunkan Berat Badan

Nampaknya pada hari keempat cabaran, badan saya sudah mulai serasi dengan perubahan pada diet harian.  Hari ini saya cuba untuk tidak mengambil nasi.  Selain itu, saya juga makan empat kali untuk mengelakkan gastrik.

Diet tanpa nasi

Sarapan:
2 keping roti bijiran penuh + 1 sudu besar peanut butter + 1 cawan kopi berkafein

Makan tengahari:
Telur dadar (tanpa minyak) + 2 sosej panggang + 1 cawan sayur

Minum petang:
2 keping roti bijiran penuh + 1 sudu besar peanut butter + 1 cawan kopi berkafein

Makan Malam:
1/2 cawan nugget ayam + 1 cawan sayur

*Minum air yang banyak*

Senaman:
Tugasan rutin harian.

Berat sekarang:
58kg

Hari Ke-3: Cabaran 14 Hari Menurunkan Berat Badan

Hari ini masuk hari ketiga cabaran.  Bangun pagi-pagi sudah rasa tidak cukup tenaga ... jari sedikit menggeletar.  Boleh dikatakan hari ketiga cabaran saya sudah gagal.  Ada keluarga datang jadi sarapan dan makan malam di luar ... hati mana boleh tahan hahaha ... kuantiti makanan yang saya ambil berjaya juga dikontrol-kontrol konon :)

Diet tidak menjadi
Sarapan:
1 mangkuk kueh tiaw sup + 1 gelas ice lemon tea

Makan tengahari:
1/4 cawan nasi + 1 potong ikan goreng + 1 cawan sayur

Makan Malam:
Macam-macam

*Minum air yang banyak*

Senaman:
Tugasan rutin harian

Berat sekarang:
58kg

Hari Ke-2: Cabaran 14 Hari Menurunkan Berat Badan

Baru masuk hari kedua, sudah terasa ada tanda-tanda gastrik.  Mungkin perubahan mendadak terhadap kuantiti makanan yang saya ambil.  Untuk pengetahuan semua, kuantiti makanan untuk cabaran ini telah saya kurangkan lebih 50% daripada biasa.  Makan malam tu pula tersasar ... roasted chicken rice tapau gara-gara rice cooker ada masalah.  Nasib baik la selera ni boleh ditahan-tahan lagi, makan setengah saja pun jadi la :)

Menu diet hari kedua
Sarapan:
2 keping roti bijiran penuh + 1 sudu besar peanut butter + 1 cawan kopi berkafein

Makan tengahari:
1/4 cawan nasi + 1/4 cawan daging + 1 cawan sayur

Makan Malam:
1/2 cawan nasi ayam + 1/2 cawan ayam panggang

*Minum air yang banyak*

Senaman:
Tugasan rutin harian.

Berat sekarang:
58kg

Hari pertama: Cabaran 14 Hari Menurunkan Berat Badan

Hari ini merupakan hari pertama saya memulakan Cabaran 14 Hari Menurunkan Berat Badan ... cewah ... Untuk menu diet, saya membuat rujukan daripada beberapa sumber dan menyusunnya mengikut kesesuaian dan kemampuan.  Menu diet yang saya susun bolehlah dikatakan Menu Diet Western - Kampung. 

Menu Diet Western - Kampung
Sarapan:
1 keping roti paratha + 1 cawan kopi berkafein

Makan tengahari:
1/4 cawan nasi + 1/4 cawan daging + 1 cawan sayur

Makan Malam:
1/4 cawan nasi + 1 cawan sayur

Senaman:
Membersihkan bilik mandi kira-kira 20 minit.

Berat sekarang:
58kg

Memandangkan saya ada gastritis, jadi menu diet saya hari pertama memang macam bukan menu untuk orang sedang berdiet.  Sebagai permulaan, saya cuma kurangkan nasi sahaja.

Cabaran Menurunkan Berat Badan

Genap setahun tidak update blog MyGamanBorneo.  Boleh dikatakan sepanjang tempoh tersebut, segala masa, tenaga dan perhatian tertumpu sepenuhnya kepada anak yang sedang membesar.  Tambah-tambah lagi si bos keci sudah pandai jalan ... nah apa lagi, memang susah mau panas tempat duduk menjaganya.

Terlebih berat sudah pula
Lagi la dasyat, dari badan saiz S sehinggalah masuk ke saiz L barulah berpeluang untuk meluangkan masa meng'update blog ini.  Maklumlah mengamalkan konsep tidak mahu membazir, jadi semua makanan anak yang tidak habis ... mama ni yang habiskan ... dan hasilnya adalah sangat cemerlang apabila kiraan BMI yang saya buat hari ini sudah masuk kategori overweight.

Badan pun sudah macam cempedak di luar pagar
Adakah patut, lepas tengok result BMI hari ni, baru perasan banyak pakaian yang sudah sempit.  Gambar di atas pula, saya sengaja edit macam ni ... bimbang gambar sebenar mampu menjejaskan emosi dan mental kamu-kamu yang terbaca entri ni ... mengarut pula kan ... hahaha

Cabaran 14 hari pertama menurunkan berat badan
Jadi untuk kekal selesa, sihat dan gembira, saya pada hari ini telah mencabar diri untuk menurunkan berat badan daripada 58kg kepada 50kg.  Langkah pertama yang saya ambil ialah 14 Days Weight Loss Challenge.  Kenapa 14 hari? ... ini cuma 14 hari pertama yang saya sasarkan sebagai permulaan untuk melihat berapa banyak berat dapat saya turunkan dalam tempoh 14 hari dengan menu diet.

Bah, cerita selanjutnya, akan saya sambung pada entri selepas ini.