2# Buat Senarai Tajuk Kemas Kini Untuk Blog Anda







Cabaran hari kedua mengkehendaki saya membuat senarai tajuk kemas kini atau entri untuk blog ini.  Menyediakan beberapa senarai tajuk entri merupakan salah satu cara untuk mengelakkan seseorang blogger itu ketandusan idea untuk mengemaskini blog pada setiap hari.






Teknik ini dikatakan semakin popular di kalangan blogger pada masa kini kerana seseorang blogger itu cuma perlu meluangkan masa untuk membuat senarai tajuk mengikut kesesuaian tema dan konsep blog yang dikendalikan.  Teknik ini juga berkesan untuk memastikan blog anda sentiasa dikemas kini secara lebih teratur.





Berikut merupakan senarai entri secara umum mengikut jadual untuk Mei ini, dengan cara ini saya percaya kerja-kerja kemas kini blog akan menjadi lebih teratur.  Bagi blogger-blogger yang sering ketandusan idea, apa kata tiru macam saya ^_^ teknik ini sangat sesuai untuk blog seumpama dan sewaktu dengan blog saya yang seperti ABC Special ini ^_^




Isnin

Berita/Hiburan semasa


Inspirasi fesyen dan kecantikan






Selasa

Inspirasi gaya hidup sihat






Carian di google



Rabu


Resepi pilihan


Ulasan blog pilihan



Khamis




Ulasan produk iklan di blog


Info pelik tapi benar



Jumaat


Petua sepanjang zaman


Klip Video dan lirik lagu




Sabtu & Ahad

Topik bebas














Bubur Ayam Recycle


Tengah
hari ini, saya ingin berkongsi satu tip 'JANGAN MEMBAZIR MAKANAN'.  Saya
percaya ramai di kalangan surirumah seperti saya akan berhadapan dengan
masalah sering terlupa memanaskan semula lebihan nasi putih untuk waktu
makan seterusnya, akibatnya nasi menjadi basi atau 'bangas' kata
orang Sabah atau 'bari' kata orang Iban.




Jadi untuk memastikan nasi putih tersebut tidak dibazirkan serta masuk ke dalam perut dan bukannya ke dalam tong sampah, saya selalunya memastikan lebihan nasi tersebut disimpan di dalam peti sejuk.  Jika terlupa selama dua hari berturut-turut pun, nasi tidak akan basi dan sesuai dijadikan bubur ayam untuk sarapan pagi seperti gambar di bawah ^_^ Hasilnya nanti, perut kenyang ... hati senang ... serta tiada pembaziran!






Bubur Ayam Recycle

Resepi ini sangat mudah dan ditujukan khas untuk orang-orang bujang.  Cuma masukkan lebihan nasi putih bersama air mencukupi ke dalam periuk bersama ayam, hirisan bawang merah dan bawang putih berserta halia yang telah ditumbuk.  Masak selama  kira-kira 30 minit dan sedia untuk dihidangkan.  Bahan perasa mengikut suka, anda boleh gunakan garam dan bahan perasa tambahan lain atau paling ringkas cuma gunakan kicap masin.  Selamat mencuba!









 






1# Karang/Tulis 'Elevator Pitch' Untuk Blog Anda









#Cabaran 1:  Karang/Tulis 'Elevator Pitch' untuk blog anda






Mungkin ramai yang kurang memahami apa yang dimaksudkan dengan 'Elevator Pitch'.  Difahamkan, ia merupakan gambaran keseluruhan tentang idea sesuatu produk, perkhidmatan atau projek itu di mana ianya harus disampaikan secara ringkas dan padat iaitu mengambil masa kira-kira 30 saat hingga dua minit atau 100 hingga 150 patah perkataan.



Istilah ini selalunya digunakan oleh ahli-ahli perniagaan, bagaimanapun 'Elevator Pitch' juga dikatakan penting untuk sesebuah blog itu terutamanya bagi mereka yang baru berkecimpung dalam bidang penulisan blog.  Ia biasa digunakan dalam ruangan 'About My Blog' atau 'Mengenai Saya/Mengenai Blog Saya'.  Tujuannya, bagi menerangkan tentang apa yang cuba anda kongsikan di blog.




Berikut merupakan dua contoh 'Elevator Pitch' bagi blog MyOnlineDiary:   




"Perkongsian Pengalaman, Pendapat dan Maklumat Menerusi Gaya Penulisan Bebas Tanpa Tapisan."





"MyOnlineDiary merupakan sebuah diari maya yang merekodkan setiap pengalaman atau peristiwa menarik yang
saya lalui.  Selain itu, blog ini juga menjadi ruangan untuk menyuarakan pendapat peribadi di samping
mengongsikan pelbagai maklumat berguna menerusi gaya penulisan bebas tanpa tapisan kepada semua pengguna
internet yang memahami Bahasa Melayu." 



*** Jadi siapa-siapa yang kekeringan idea untuk update blog, apa kata join saya buat "Cabaran 31 Hari Membina Blog Yang Lebih Baik".













Cabaran 31 hari Membina Blog Yang Lebih Baik






http://www.problogger.net/






Sejak akhir-akhir ini saya sering berhadapan dengan masalah kekeringan idea untuk membuat kemas kini blog.  Bagaimanapun, saya telah menemui satu jalan penyelesaian terbaik untuk memastikan blog ini mempunyai kemas kini setiap hari selama tempoh 31 hari seterusnya.






Selepas berdaftar secara percuma pada 25 April lepas, saya telah menerima tugasan pada setiap hari menerusi email.  Bersesuai dengan cabaran "Build A Better Blog  in 31 Days" jadi ini bermakna, setiap tugasan akan membantu ke arah blog yang lebih baik pada setiap hari.  Jadi sesiapa yang berminat bolehlah klik link pada gambar di atas untuk berdaftar.















5 Alasan Kenapa Anda Harus Menjadi Blogger





Google Pix





Lazimnya seseorang itu
harus mengetahui alasan kenapa dia ingin melakukan perkara sesuatu itu dan alasan itu secara tidak langsung akan membantu dalam
keputusan yang lebih tepat.  Begitu juga sekiranya anda ingin menceburkan diri dalam bidang penulisan blog, anda perlu ada sebab atau alasan untuk memastikan blog anda tidak terbengkalai.





Berikut saya kongsikan 5 alasan yang membantu saya membuat keputusan untuk menjadi seorang blogger.  Kelima-lima alasan ini turut saya jadikan garis panduan untuk mencapai matlamat ke arah seorang blogger yang berjaya suatu hari kelak.





1.  Minat & hobi - Ini
merupakan antara alasan yang sering digunakan oleh kebanyakan blogger. 
Minat terhadap sesuatu bidang itu membuatkan mereka menjadikan blog
sebagai medium untuk berkongsi minat dan hobi.





2.  Perkongsian maklumat & pendapat - Blog
merupakan medium yang paling sesuai untuk seseorang itu berkongsi
 maklumat secara bebas tanpa tapisan.  Selain itu, blog juga sering
dijadikan ruang untuk menyuarakan pendapat secara lebih terbuka.





3. Mengasah bakat & kemahiran
- Tidak kurang juga yang menjadi blogger semata-mata ingin mengasah
bakat dan kemahiran mereka dalam sesuatu bidang seperti penulisan.






4.  Populariti - Siapa
kata seseorang itu tidak boleh menjadi popular menerusi blog yang
ditulisnya?  Telah terbukti bahawa ramai blogger di luar sana berjaya
mendapat perhatian ramai.





5.  Wang/Duit
- Ramai yang menjadi blogger kerana ingin menjana pendapatan daripada
unit-unit iklan yang dipasangkan di blog mereka.  Penulis blog
www.redmummy.com merupakan salah satu contoh blog popular yang telah
berjaya menjana pendapatan lumayan setiap bulan.







#Bagi
anda, apa pula alasan yang mendorong anda untuk menjadi seorang
blogger? Mungkin anda ada alasan lain yang lebih munasabah, sila
kongsikan.












Ayam Masak Kicap Tiga Rasa










Petang ni saya mau berkongsi satu resepi yang paling ringkas disediakan iaitu "Ayam Masak Kicap Tiga Rasa".  Ini merupakan masakan kegemaran si gaman, maklum la inilah resepi yang sering saya masak ketika di awal perkahwinan kami dulu.  Masa tu belum pandai sangat memasak dan inilah satu-satunya resepi berasaskan ayam yang saya pandai masak selain sup ayam.




Bahan-bahannya:  Ayam, hirisan bawang merah dan bawang putih, halia yang telah ditumbuk lumat, kicap manis, sos tiram dan sos cili.  Cara-cara memasaknya:  Mula-mula perap ketulan ayam dengan kicap manis, sos tiram dan sos cili secukupnya.  Sementara itu, seperti biasa panaskan minyak dan tumis hirisan bawang merah dan bawang putih serta halia yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau.  Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi dan masukkan sedikit air.  Biarkan sehingga masak.





Kenapa saya pandai-pandai namakan resepi ini Ayam Kicap Tiga Rasa? Sebab lauk ni guna tiga perisa iaitu kicap manis, sos tiram dan sos cili ^_^ Diucapkan selamat mencuba kepada sesiapa yang berminat.

















Lagu Tema Drama Sahara Slot Samarinda TV3







Kepada para penonton setia drama slot samarinda Sahara di TV3, saya percaya ramai yang tertanya-tanya siapa agaknya penyanyi lagu tema di setiap akhiran drama Sahara ini.  Sekian lama google sini dan google sana, akhirnya berjaya juga saya menemui siapa penyanyi yang mendendangkan lagu mendayu-dayu itu.  Pada saya lagu yang dibawakan oleh kumpulan Wali Band berjudul Baik-Baik Sayang ini memberikan auranya tersendiri untuk menarik penonton terus setia menonton drama bersiri 25 episod terbitan Enuja Production ini.



Drama yang bersiaran pada jam 10.30 malam setiap Selasa hingga Khamis ini mengisahakan tentang konflik hidup seorang wanita bernama Sahara (Nanu Baharudin) yang didesak oleh ibu bapanya untuk mengaku sebagai kakak kepada Tina (Tasya Shila) yang sebenarnya anak kandungnya sendiri.  Drama yang banyak bermain dengan emosi ini turut memaparkan kisah cinta penuh konflik di mana Sahara dan Tina jatuh cinta dengan seorang lelaki bernama Ashraf (Ammar Alfian).  Sekiranya anda tertinggal episod-episod menarik drama Sahara ini, anda boleh menontonnya di http://www.tonton.com.my/










Big Give Sahabat Contest








Selalunya, rakan-rakan blogger akan tag saya untuk menyertai mana-mana contest tapi kali ini, saya sendiri terjumpa dengan satu contest menarik iaitu Big Give Sahabat Contest yang dianjurkan oleh cikgu Sudirman Abdul Rahman.  Syarat utama untuk menyertai contest ini mudah sahaja, anda cuma perlu bercerita mengenai SAHABAT.  Sesiapa yang berminat untuk menyertai contest ini, sila klik pada gambar di atas untuk maklumat lanjut.





Bila bercakap mengenai kawan, sama seperti orang lain saya juga berkawan dengan ramai orang dan mempunyai pelbagai jenis kawan dengan macam-macam karenah.  Tetapi, bila menyentuh soal sahabat pula, saya mentafsirkan 'sahabat' sebagai seseorang yang sangat akrab dan dipercayai di mana saya boleh berkongsi pelbagai perkara suka dan duka tanpa sebarang keraguan.  





Memandangkan, saya mempunyai dua orang 'sahabat', jadi saya akan bercerita mengenai kedua-dua mereka ini.










Mama ku Sahabat ku




Wanita yang bergelar mama inilah orang yang paling saya
percaya.  Mana tidak, saya sudah mengenali mama sejak berada dalam
kandungan selama sembilan bulan lagi sehinggalah mencecah usia 34 tahun
ketika ini.  Kalau menyentuh soal betapa saya menyayangi mama,
percayalah memang tiada perkataan yang mampu diungkapkan untuk
menggambarkan perasaan sayang itu.  Setiap detik bersama merupakan
kenangan manis dan kadang-kadang berharap masa itu dapat diputar
semula.  Perkara paling kelakar mengenai mama ialah apabila melihat mama
ketawa sendiri sebelum cerita lucu yang hendak disampaikan kepada kami
habis diceritakan.



 Adik ku Sahabat ku




Adik ku ini merupakan satu-satunya adik perempuan ku
daripada lima beradik.  Jadi memang perkara biasa sister-sister sering
digambarkan sebagai 'sahabat'.  Membesar bersama dengan beza usia enam
tahun tidak pernah menghalang kami untuk berkongsi pelbagai perkara
termasuklah berkongsi pakaian, sandal, aksesori, alat solek, beg tangan
dan macam-macam lagi termasuklah berkongsi personaliti senyum suka
tayang gigi.  Sama seperti saya menyayangi mama, begitu jugalah saya
menyayangi si adik ku ini.  Perkara paling kelakar mengenai si adik ku
ini ialah sikapnya yang suka paksa kakaknya ini mendengar semua cerita
dan luahan hati dia walaupun dia tau kakaknya ini kebosanan tahap
gaban.










Koleksi Produk 1 Malaysia












1Malaysia, Mug 1Malaysia & Kopi 1Malaysia








Kek Lapis 1Malaysia








Beg Sekolah 1Malaysia






Komputer Riba 1Malaysia






Baju Batik 1Malaysia






Restoran 1Malaysia








Susu 1Malaysia






Klinik 1Malaysia










Cerita kedai kopi, tiada hakim tiada saksi




Cerita kedai kopi, tiada hakim tiada saksi, cuma cerita sensasi di kedai kopi






Orang kata cerita-cerita kedai kopi ini tidak boleh dilayan sangat berikutan sumber-sumber cerita yang tidak tepat.  Ada juga yang berpendapat bahawa semua cerita-cerita berkaitan isu-isu semasa yang menjadi topik perbualan oleh sekumpulan individu tertentu ketika sedang minum di kedai kopi lebih cenderung kepada cerita-cerita tin kosong yang tidak boleh diterima pakai.


Bagaimanapun, dari sudut pandangan peribadi saya, banyak isu yang diperbualkan saban hari di kedai-kedai kopi bukanlah sekadar perbualan kosong yang tidak berasas.  Ruangan "kedai kopi” inilah yang menjadi medan paling sesuai untuk masyarakat secara umumnya berkongsi pendapat masing-masing secara tidak formal.




Pada saya, mendengar atau terdengar cerita-cerita di kedai kopi ini bukanlah untuk menjaga tepi kain orang.   Lagi pula, memasang telinga kuali di kedai-kedai kopi juga bukanlah suatu jenayah ^_^ pendek kata itulah gunanya deria pendengaran, yang penting terpulang kepada diri sendiri untuk menilanya sama ada dari sudut positif ataupun negatif. 




Dengar-dengar pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi dan pastinya kedai kopi akan menjadi medan untuk bertukar pendapat dan luahan rasa senang atau rasa tidak puas hati mengenai wakil rakyat di kawasan masing-masing.  Jadi inilah masanya untuk mula intip-intip apa kata penganalisis politik kedai kopi (pengundi).
















Satu klik di pusat penjumlahan undi N.34 Krian, 16 April




Pusat penjumlahan undi N.34 Krian


Saratok:  Gambar di atas merupakan suasana di Dewan Masyarakat Saratok yang menjadi pusat penjumlahan undi bagi kerusi N.34 Krian pada Sabtu.  Kemenangan ternyata memihak kepada calon PKR, Ali ak Biju dengan majoriti 2,090 menewaskan calon SPDP, Datuk Peter Nyarok.  Bagaimanapun, keputusan penuh pilihanraya
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kesepuluh membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) masih mendapat  tempat di hati rakyat Sarawak dengan kemenangan mudah ke atas pembangkang.












Klik klik proses pembuangan undi di Engkudu





Pusat pembuangan undi di SK Engkudu, Saratok


SARATOK:  Pagi tadi saya sempat menyibuk melihat suasana proses pembuangan undi di Engkudu, salah sebuah pusat pembuangan undi di kawasan N.34 Krian.  Difahamkan di kawasan ini hanya terdapat 401 pengundi berdaftar dan daripada cerita kedai kopi yang diperolehi, BN hanya menang  tipis majoriti 18 undi di Engkudu ini.







Lebih menarik lagi, info terbaru yang saya dengar dari sumber cerita kedai kopi yang boleh dipercayai, nampaknya seperti yang diramalkan calon PKR, Ali anak Biju memberikan saingan hebat kepada calon SPDP Datuk Peter Nyarok.  Keputusan sama ada Datuk Peter Nyarok berjaya mempertahankan kerusi N.34 Krian daripada dirampas oleh PKR hanya boleh diketahui sekitar jam 6.00 petang.








Perang poster di N.34 Krian, Saratok


SARATOK:  Perang poster sempena Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Kesepuluh di kawasan DUN N.34 Krian cukup meriah.  N.34 Krian bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan calon SPDP (BN), PKR, SNAP dan calon Bebas.  Jika diukur dari perang poster, nampaknya calon PKR Ali ak Biju agak menyerlah berbanding calon SPDP Datuk Peter Nyarok.  Manakala, bayang-bayang poster SNAP dan BEBAS hampir-hampir tidak kelihatan.




















TIADA Red Carpet Untuk Anwar Ibrahim


Kemeriahan kempen pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang kesepuluh ini cukup hangat pada hari-hari terakhir.  Saya pun secara tidak langsung terkena tempias untuk menyibuk walaupun bukan berdaftar sebagai pengundi di Sarawak.



Memandangkan kempen-kempen Barisan Nasional (BN) biasa didengar dan dibaca di media massa, jadi apa salahnya sekirannya saya mengambil peluang untuk mendengar sendiri apa kata pembangkang.  Pucuk dicita ulam mendatang, ada pula info mengatakan Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ceramah di kawasan BDC, Kuching pada sekitar jam 7.00pm pada Khamis.







Hujan renyai-renyai tidak menghalang orang ramai untuk berhimpun.




Sebenarnya perasaan ingin tahu mengenai apa sebenarnya yang membuatkan Anwar Ibrahim digeruni membuatkan saya ingin melihat sendiri cara beliau mendekati rakyat.  Biasa dengar di media, kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak pembangkang tidak mendapat sambutan.  Tapi setiba sahaja di lokasi, nampaknya hujan langsung tidak menghalang orang ramai untuk datang dan menanti seawal jam 6.30pm.






Ceramah oleh beberapa orang pemimpin DAP




Pada mulanya, saya ingatkan tempat diadakan ceramah tersebut sama seperti yang saya lihat sebelum ini di mana terdapat pentas berhias dan kerusi disediakan untuk para hadirin serta berkanopi.  Agak terperanjat juga bila melihat ceramah diadakan secara terbuka iaitu di kawasan lapang tempat letak kereta.  Sementara pentasnya pula ala kadar sahaja.  Santai dan bersahaja tanpa tekanan protokol majlis ... suatu pendekatan yang cukup menarik .






Ribuan yang hadir menyebabkan suasana agak sesak.




Bayangkan, tiada kemudahan selesa yang disediakan oleh penganjur tetapi ribuan hadir membanjiri kawasan tersebut dan menjadikan keadaan agak sesak.  Selalunya, keadaan sebegini cuma dapat kita lihat ketika konsert ataupun karnival berbentuk hiburan.






Sanggup membawa bangku plastik sendiri




Lebih menarik lagi, ada yang membawa kerusi sendiri dan ada juga yang duduk di belakang lori.  Kehadiran Anwar Ibrahim juga tidak disambut dengan karpet merah tetapi tetap mendapat tepukan dan sorakan daripada penyokongnya. 






Rezeki ada di mana-mana








Sekitar kawasan kedai makan berhampiran juga turut dibanjiri orang ramai







Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba pada kira-kira jam 9.20pm.  TIADA Red Carpet
Untuk Anwar & TIADA kerusi untuk audien ... tetapi menakjubkan
kerana mereka sanggup berdiri berjam-jam lamanya semata-mata untuk
menanti dan mendengar ucapan daripada pemimpin ini.  Mungkin inilah yang
dikatakan sebagai ilmu pengaruh seperti judul buku yang ditulis oleh seorang penulis terkenal.















Kuih apam lidi satu inci




Lidi berukuran 1 inci dalam kuih apam


Hilang selera minum petang gara-gara terjumpa lidi berukuran kira-kira 1 inci  dalam kuih apam yang saya sedang kunyah.  Nasib baik hanya tertusuk di celah gigi kapak ^_^ kalau sehingga menyebabkan kecederaan gerenti saya minta pampasan setahun kuih percuma daripada penjaja kuih tu.













Happy Birthday Gaman Ku






   

God Has Blessed Me With You.  Happy Birthday & May God Bless You Always.




 
















Dua buku koleksi krusye di Walai Krusye




Ketika ini saya masih lagi menyibukkan diri dengan kerja-kerja muat naik gambar di blog nombor tiga iaitu Walai Krusye.  Blog ini hanya dikhususkan untuk hobi krusye, ini bermakna  ruangan MyCrochet akan dipindahkan ke Walai Krusye bagi memudahkan kerja-kerja kemas kini lebih teratur.  Jadi kepada para penggemar seni krusye, anda boleh dapatkan pattern krusye daripada koleksi buku Ondori Crochet Lace dan Magic Crochet 1.

 





















11 Formula Kejayaan Jutawan Muda Irfan Khairi




 11 Formula Kejayaan!











1: Keinginan



Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut. 





Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.








Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut. Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai. 





2: Keyakinan



Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”.  Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!  




Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.








Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai. 





Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik! Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai. 





3: Tulis matlamat anda



Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya. 





Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya. 





Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya! 





4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi



Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut. 





Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya. 





5: Cerminkan diri sendiri



Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan. 





Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat. 





Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan. 







6: Tetapkan deadline



Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun? 





Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja! 





Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat. 





7: Ketahui rintangan



Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu. 





Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut. 





Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul. 





8: Ilmu tambahan



Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali. 





Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda? 





Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda. 





9: Perancangan



Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal” Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading. 





Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain? 





Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima. 





Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri. 





10: Bina gambaran



“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.


Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. 





Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.  Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!








11: Janji pada diri sendiri…



Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib. 





Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu. 





Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya! 





Kesimpulan



Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai. 





Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya. 





Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!


*****************


Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.









Walai Krusye Seni Mengait Jarum Satu






Seni krusye merupakan kemahiran mengait dengan
menggunakan sebatang jarum sahaja. Setiap batang jarum mempunyai
nombor dan saiz yang tersendiri, semakin kecil nombor tersebut bermakna
semakin terperinci corak yang boleh dihasilkan. 
Kepada wanita-wanita di luar sana yang meminati seni krusye, blog terbaru saya iaitu Walai Krusye menawarkan pelbagai pattern menarik untuk dikongsikan.  Setakat ini, terdapat 49 motif dari buku Ondori Crochet Lace dan Magic Crochet 1 telah dimuat naik.










Ruangan MyCrochet pindah ke Blog Walai Krusye






Saya ketika ini sedang sibuk dengan kerja-kerja mengubah suai dan menyusun atur blog MyOnlineDiary yang semakin sesak.  Jadi untuk memastikan keadaan blog ini sentiasa kemas, teratur serta tidak bercampur aduk, ruangan MyCrohet terpaksa saya pindahkan kepada blog baru iaitu blog Walai Krusye.  Jadi kepada para penggemar seni mengait krusye, sila layari laman blog http://walaikrusye.blogspot.com/ untuk mendapatkan pelbagai paten menarik yang akan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa.











Happy Birthday Bapa



Hari ini merupakan harijadi bapa saya yang ke-62 tahun.  Jadi saya ingin mendedikasikan ucapan khas  "Happy Birthday & May God Bless You Always" kepada bapa di blog ini. 





I'm proud to be your daughter






I may not say it often, I may not say it loud,




I may not say it to you, But I'm proud to have you as my father.










Gambar ni diambil di hadapan bangunan mahkamah lama Sandakan pada tahun 1983 ketika saya baru berumur 6 tahun.  Bapa masa ni baru berumur 34 tahun dan saya juga berumur 34 tahun pada tahun ini.












1st Jiwa Kacau Anniversary Giveaway









Ada sesiapa rakan-rakan blogger yang sedang berhadapan dengan sindrom 'NO IDEA' untuk update blog? Jangan bimbang, apa kata kita beramai-ramai menyertai 1st Jiwa Kacau Anniversary Giveaway untuk dijadikan kemas kini blog hari ini.  Hadiah yang ditawarkan oleh tuan punya blog Jiwa Kacau ni memang cukup lumayan iaitu:




  1. Satu domain percuma dan hosting 1GB Storage dan 10GB Bandwidth selama setahun.

  2. Satu domain percuma selama setahun.

  3. Hosting 1GB Stroge dan 10GB Bandwidth percuma selama setahun.





Terlebih dahulu, terima kasih kepada rakan blogger Fadzmie kerana sudi memilih saya menjadi salah seorang pesaing untuk merebut hadiah lumayan tersebut ^_^ Jadi seperti biasa saya kena tag beberapa blogger lain kerana ini antara syarat penyertaan yang wajib dipatuhi setiap kali menyertai blog contest seperti ini.