Bila Bumi Bergelap Tiga Hari - Saya Mau Tidur


Sekarang ni semua orang di mana-mana sahaja termasuklah di kedai kopi sedang sibuk memperkatakan mengenai fenomena Bumi Akan Bergelap Selama Tiga Hari pada 23, 24 dan 25 Disember ini.  Dengar-dengar ada yang telahpun bersiap sedia membeli sejumlah lilin yang banyak sebagai persiapan, bimbang fenomena tersebut turut menjejaskan bekalan elektrik.  



Malah, ada juga yang telah memborong jumlah bekalan makanan mencukupi untuk tempoh tiga hari bumi bergelap, bimbang jika tiada kedai atau pasaraya yang buka.  Selain itu, ada juga yang telah mengeluarkan semua simpanan dalam bank kerana bimbang kecelaruan berlaku pada sistem perbankan yang boleh menjejaskan simpanan mereka.



Huh!  Memandangkan saya ni pun tidak faham sangat dengan hukum-hukum alam semesta ni, jadi saya sendiri kurang pasti sama ada kebimbangan mereka semua itu berasas.  Tapi tidak salah mereka-mereka ini membuat persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.  Langkah sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan buruk adalah tindakan yang bijak.



Saya pula, apa persiapan saya jika fenomena ini benar-benar terjadi?  apa yang terlintas difikiran saya pada ketika ini ialah saya mau tidur dan tidur dan tidur dalam tempoh tersebut hehehe ...







Angkasa Nafi Laporan Bumi Akan Bergelap Selama Tiga Hari









KUALA LUMPUR: Agensi Angkasa Negara (Angkasa) pada Jumaat menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.




Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan di sini, Jumaat.




Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta.




Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap. Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.




"Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi," menurut agensi itu.




Malah, menurut Angkasa, terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F.




Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya.




"Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012"," katanya. -BERNAMA




Walai Krusye @ TweetMarket #TwtUpKch 2012






Taukeh Walai Krusye ♥‿♥


Letih tapi sangat menyeronokkan apabila menjadi salah seorang vendor yang turut sama memeriahkan TweetMarket #TwtUpKch yang berlangsung pada Sabtu, 8 Disember.  Program yang menghimpunkan ratusan pengguna media sosial Twitter, Facebook, Foursquare dan Instagram ini merupakan anjuran Sarawak Bloggers. 







No.13:  Booth Walai Krusye


Walaupun masa agak terhad untuk membuat persediaan untuk booth ini,
ditambah lagi dengan komitmen lain yang juga memerlukan perhatian ...
TAPI akhirnya dapat juga turut sama memeriahkan #TwtUpKch sebagai salah seorang vendor pada hari tersebut.  Suasana pada hari tersebut sangat happening!










Si gaman jadi assistant ♥‿♥


Ini merupakan pengalaman kali pertama menjual di tempat awam, jadi
perasaan gemuruh bercampur gelisah sangat terasa tapi semua itu sedikit
demi sedikit hilang setelah mendapat respon positif daripada orang
ramai.








Antara benang yang dipamerkan


Paling menyeronokkan apabila ada seorang rakan crocheter dikenali
daripada FB page datang untuk belajar mengait kasut bayi.  Sayangnya
masa agak terhad dan saya cuma dapat mengajarkan yang paling asas. 
Dengar kabar, CT Zue sudah berjaya menyiapkan sepasang kasut bayi malam
tadi ♥‿♥








Salah seorang rakan crocheter belajar mengait kasut bayi


Ok la setakat ini sahaja dan sehingga berjumpa di lain entri.  Ingin tahu lanjut mengenai Walai Krusye bolehlah email saya di home.niaga@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan.


Walai Krusye @ #TweetMarket #TwtUpKCH 2012




Hello semua, hari ni  saya mau share berita yang sangat menggembirakan.  Huh!!! perasaan gembira bercampur gemuruh bila Walai Krusye terpilih sebagai salah satu penjaja #tweetmarket untuk #twtupkch pada 8 Disember (Sabtu) akan datang bertempat di Old Court House, Kuching (bangunan mahkamah lama Kuching).






#TwtUpKCH


Bayangkan daripada ramai-ramai yang menghantar permohonan ... saya antara yang terpilih.  Pemilihan dibuat bukan berdasarkan siapa cepat dia dapat tetapi berdasarkan keunikan produk yang ditampilkan.  Perasaan bangga?  Hehehe ... gerenti ada sebab tidak sangka produk yang cuba saya tampilkan mempunyai keunikan tersendiri ♥‿♥

 

Jika pada tahun lepas saya terlepas program ini, tahun ini saya bukan sahaja datang sebagai pengguna Twitter tetapi juga turut sama memeriahkan suasana dengan berkongsi hasil kraftangan Walai Krusye. 
Jadi, kepada semua rakan crocheter dan penggemar kraftangan krusye yang berada di Kuching,Sarawak, luangkan masa anda berkunjung ke booth Walai Krusye.





Saya juga akan mengadakan demo mengait baby booties untuk mereka-mereka yang berminat.  Jadi pastikan anda tidak terlupa bawa crochet hook sendiri yer atau boleh beli daripada booth Walai Krusye ... benang pun boleh beli daripada saya hehehehe ♥‿♥ bawa sendiri pun no problem.





Selain itu saya juga akan menjual pelbagai benang kait import, set jarum krusye serta pelbagai hasil siap krusye pada harga berpatutan.  Lebih menarik lagi, pelanggan yang membuat pembelian minumum RM50 akan berpeluang membuat cabutan untuk peluang memenangi 10 hadiah menarik.  





Tapi yang paling menarik lagi ialah anda berpeluang melihat sendiri siapa orang di sebalik blog MyGamanBorneo dan Walai Krusye ini ♥‿♥ Adakah saya ni seorang yang tinggi?  rendah?  kecil? besar? kurus?  montel?  comel?  kurang comel?  hehehe ... Jadi jumpa anda di sanaaaaaa ....




#TwtUpKCH pada tahun sebelum ini merupakan perhimpunan terbesar para pengguna media sosial Twitter.  Tetapi pada tahun ini,  #TwtUpKCH bakal mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi perhimpunan media sosial terbesar dengan melibatkan bukan sahaja pengguna twitter tetapi juga semua pengguna sosial facebook, instagram dan foursquare.



Program #TwtUpKCH bermula dari jam 3.00 petang sehingga 9.30 malam bakal menyajikan pelbagai aktiviti menarik ... Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk bersama-sama kami memeriahkan suasana.  Layari http://twtupkch.com/ untuk maklumat lanjut.






3R: Bekas Menyimpan Alat Tulis


Selamat Hari RABU!  Segmen 3R hari ini ialah idea menata rias bekas tin kosong menjadi bekas alat tulis yang cantik dan menarik dengan seni krusye ... cewah ♥‿♥







Tin bekas makanan kucing & sisa-sisa benang


Untuk projek 3R kali ini saya gunakan tin bekas makanan si putih kucing kesayangan saya dan sisa-sisa benang yang tinggal sejemput-sejemput ni untuk membuat sarung tin.  







Siap! bekas tempat simpan alat tulis


Okey la setakat ini saja untuk hari ini dan sehingga berjumpa di lain entry ... Selamat mencuba ♥‿♥


Cek Pertama Daripada Nuffnang


Dua tahun lebih setia bersama media sosial Nuffnang dan inilah cek pertama yang saya terima hari ini.  Jumlah kecil saja, maklumlah pengisian blog pun biasa-biasa saja.







Cek daripada Nuffnang


Mau buat apa dengan RM60.21 ni?  Bikin bayar bil internet pun tidak mencukupi hehehe ... Tapi lebih daripada cukup untuk saya belanja si gaman makan laksa sarawak favorite kami di Tabuan Jaya ♥‿♥







Earning RM60.21