4# Buat Analisis Sebuah Blog Yang Sukses







Membuat analisis blog lain dikatakan penting ke arah membina blog yang lebih baik.  Jadi, tugasan keempat memerlukan saya mengenal pasti salah sebuah blog yang sukses dan berada di kedudukan paling popular pada ketika ini menerusi carian google atau mana-mana web komuniti blogger.  Memandangkan blog yang saya kendalikan ini berkonsepkan diari maya versi ABC Special, jadi blog yang dipilih juga perlu mempunyai konsep yang sama bagi memudahkan saya membuat analisis.



Setakat ini, blog yang sangat sukses ketika ini dan sering menjadi sebutan di kalangan blogger ialah blog redmummy.  Blog ini juga berkonsepkan sebuah diari maya yang tidak terikat kepada satu topik sahaja.   Ia meliputi pelbagai topik menarik antaranya pengalaman peribadi hinggalah ke segmen keibubapaan, kesihatan, fesyen serta produk.


Redmummy,  mula berkecimpung dalam bidang penulisan blog
sejak September 2005 dengan menggunakan domain percuma blogspot sebelum
bertukar kepada domain berbayar. 
Menggunakan tema merah garang untuk blog beliau, blogger terkenal, Mira Abu Bakar yang terkenal dengan gelaran redmummy nampak lebih selesa dengan gaya penulisan yang santai. 


Perkara paling menarik, redmummy juga mampu meraih pendapatan lumayan menerusi pemasangan iklan nuffnang di blog yang menjana
pendapatan melebihi RM10,000 setiap bulan.  Selain itu, pendapatan turut
disumbang melalui unit-unit iklan yang disewakan kepada pengiklan.  Kisah  kejayaan redmummy ini pernah mendapat liputan media, jadi tidak hairanlah blog
redmummy.com menjadi inspirasi kepada ramai blogger pada hari ini.



Sesiapa yang pernah berkunjung ke blog redmummy juga pasti terpegun dengan ratusan jumlah komen pembaca yang diterima pada setiap entri.   Tidak hanya berkomunikasi di blog, redmummy juga memanfaatkan laman-laman sosial popular seperti facebook dan twitter untuk berkomunikasi dengan 'follower'nya.  Saya pun merupakan salah seorang daripada 'follower' redmummy ^_^



#Soalan cepu emas:  Apa faktor utama yang mendorong anda mengunjungi blog redmummy?  Kalau saya, secara terus terang, memang mau korek ilmu soal menjana  'RM' dan kerana itulah juga saya memilih nuffnang.














0 comments: