Gawai: "Keluarga didahulukan, Keluarga diutamakan"





Google Pix

Hari ini saya mahu mengambil kesempatan bercerita mengenai gawai menurut pandangan peribadi saya sendiri.  Gawai pada saya mempunyai satu mesej yang ketara seperti perayaan-perayaan lain iaitu ketika itulah 'masa untuk berkumpul, mengeratkan dan memperbaiki hubungan kekeluargaan'.





Daripada pengalaman yang lepas, banyak warna warni sambutan gawai yang dapat saya saksikan.  Saya paling seronok apabila melihat suami isteri bersama anak-anak memanfaatkan masa untuk 'ngabang' atau bertandang ke rumah rakan-rakan dan saudara mara ketika gawai.





Lebih seronok lagi bila melihat bukan sahaja pasangan suami isteri dan anak-anak tetapi juga turut ditemani oleh anggota keluarga lain seperti adik-beradik, ipar duai dan mentua.  Tetapi, malangnya ada juga mulut-mulut celupar yang mengatakan lelaki yang sering ditemani isteri dan keluarga ketika  ngabang gawai itu dikontrol oleh si isteri.





Selain itu, ada juga yang sekadar memanfaatkan masa cuti gawai semata-mata untuk menghabiskan hampir 24 jam bersama teman-teman lama.  Pada saya, aktiviti ini cuma sesuai untuk mereka yang masih berstatus bujang dan tiada komitmen dengan keluarga.  Kalau sudah berumahtangga masih bersikap seperti ini ... saya nasihatkan, lebih baik KAU pulang gawai seorang diri ^_^





Jadi sempena perayaan Gawai Dayak pada 1 Jun ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Gawai dan luangkanlah masa yang SINGKAT itu sebaik mungkin bersama keluarga.  Jadi, pada untuk gawai yang lebih baik pada tahun ini "Keluarga diutamakan, Keluarga didahulukan" ini mesej daripada MyGamanBorneo @ MyOnlineDiary ^_^






Menurut Wikipedia, "Gawai Dayak
merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera
Sarawak, terutamanya Iban dan Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menuai
dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964,
apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan
Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun setiap tahun. 
Lanjut di http://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Dayak 






0 comments: