Puteri Kate Perlu Hamil Dalam Tempoh 9 Bulan




Google Pix


Masih belum basi sekiranya saya berkongsi mengenai kisah perkahwinan Diraja Britain yang berlangsung pada 29 April lalu.  Menurut sumber dari sebuah majalah wanita, setelah berbulan madu, William kembali bertugas sebagai
juruterbang menyelamat dan mencari dengan Stesen Tentera Udara Diraja di
Pulau Welsh.  








"Sementara itu, Kate pula perlu hamil dalam tempoh sembilan
bulan akan datang agar tidak melanggar tradisi Diraja Britain selama 200
tahun.  William sendiri selamat dilahirkan selepas 11 bulan ibu bapanya
berkahwin.
"








Pasangan pengantin Diraja ini telah pergi berbulan madu di sebuah vila mewah berharga AS$6,700 (RM20,770) semalam di Kepulauan Seychelles.  Mereka dikatakan menghabiskan masa selama seminggu di kepulauan Lautan Hindi itu.





Pasangan tersebut dibawa keluar dari Istana Buckingham menaiki helikopter kemudiannya menaiki jet peribadi menuju ke lokasi bulan madu mereka.  Pihak media dilarang sama sekali mengganggu bulan madu tersebut dan tindakan undang-undang akan diambil oleh keluarga diraja Britain jika perkara itu berlaku. Dilaporkan, pasangan tersebut berpuas hati dengan lokasi bulan madu yang tenang dan tersembunyi tanpa gangguan daripada pihak media.












4 comments:

Fadzmie Mohamad said...

Untung nasib badan jadi anak diraja. Kan? Adeh. Haha.

Mrs.MyGaman BorNeo said...

@Fadzmie Mohamad untung lg jd org biasa owh. Tiada protokol ... kalau jd anak raja, tulis blog pun kena ikut protokol hahahha

Aki said...

Tapi bab2 duit,untuk jadi keturunan diraja.. Haha..

Mrs.MyGaman BorNeo said...

@Aki Hehehe ... bab2 duit mmg x dpt dielak