Daun ulam pegaga versi dua orang lelaki


Pernah dengar nama ulam pegaga? mungkin ramai yang biasa mendengar nama ulam pegaga yang kaya dengan khasiatnya dari hujung daun hinggalah ke akarnya.  Tetapi berapa ramai yang mengenali bagaimana rupa ulam pegaga yang sebenar? 



Berikut saya kongsikan kisah lucu mengenai ulam pegaga yang berlaku pada petang tadi yang konon-kononnya ingin dijadikan jus pegaga. 








Alkisah, petang tadi si gaman membeli seikat daun pegaga dan gambar di atas merupakan daun pegaga yang si gaman beli ... hehehe ... bayangkan si gaman cakap taukeh yang jual pun tidak tau macam mana rupa daun pegaga.  Jadi si gaman beli ikut info yang dia dengar dari orang yang bagitau rupa daun pegaga macam kaki itik.  Nah  apa lagi inilah versi daun pegaga si gaman yang ternyata SALAH!  tapi tidak tau pula apa nama daun ini, ia juga dikatakan spesis herba yang sesuai dijadikan ulam.








Bila ada suami jiran yang baik hati ingin membantu membelikan daun ulam pegaga untuk kami ... tetapi inilah daun pegaga versi suami jiran kami ... hehehe ...  memang 100% SALAH! ini terang-terang daun ulam raja la.  Menurut jiran kami, taukeh tempat dia beli yang bagitau bahawa ulam raja ini merupakan daun pegaga ... hehehe ... nakal punya taukeh hehehe ...








Memandangkan saya pun tidak pernah melihat sendiri bagaimana rupa daun ulam pegaga itu jadi tiba masanya untuk mendapatkan maklumat di internet dan inilah gambar daun pegaga  sebenar yang saya temui dalam carian google.










4 comments:

AWANG said...

Cuba cari di pasar basah satok mungkin ada..saya pernah beli untuk ulam di-pasar sayor lamak di Gambier road ..

Mrs.MyGaman BorNeo said...

@AWANG TQ for your info :)

exyanne said...

Hahaha.. kiut juga tu Pegaga c Gaman n the Gang oh kan.. ^_^.v..

Mrs.MyGaman BorNeo said...

@exyanne hahaha ... ya la, mimang saya sama bini jiran kami tu berabis ketawa tengok ulam yg dorang beli.