Laksa Sarawak ... Terbaik punya! |
Sehari, dua hari, tiga hari, empat hari, lima hari, enam hari tanpa 'Laksa Sarawak',
No Problem. Tapi kalau seminggu tidak dapat makan Laksa Sarawak, hidup
rasa tidak sempurna seumpama sehari tanpa Internet. Tanpa Laksa
Sarawak? perut jadi kacau. Tanpa Internet? jiwa jadi kacau!
Big Laksa ... Special Laksa ... RM6.00 |
Inilah
satu-satunya makanan yang membuatkan saya jatuh cinta dengan Sarawak dan
Laksa Sarawak ini jugalah yang membuatkan hati terpaut dengan si
gaman. Dari zaman cintan-cintun dahulu sehinggalah bergelar mr &
mrs, Laksa Sarawak tetap nombor satu di hati!
Udang, hirisan telur goreng, tauge .... tapi isi kerang yang paling best! |
Tapi dalam
banyak-banyak Laksa Sarawak yang pernah saya rasa, Laksa Sarawak di
Thompson Corner, Tabuan Jaya, Kuching jugalah yang paling 'The Best'. Bagi mereka yang sekadar ingin mencuba, boleh order laksa mangkuk kecil berharga RM3.50. Manakala bagi penggemar fanatik Laksa Sarawak seperti saya, selalunya mesti order yang medium (RM5.00). Bila budget lebih sikit, apa lagi Big Laksa ... Special Laksa mari! RM6.00 semangkuk bikin perut kenyang dan hati pun senang!
Tinggalkan sedikit kuah supaya tidak nampak gelojoh sangat |
Sedap memang sedap, tapi sejak dari tahun 2003 hingga setakat Mei 2011 ini, belum pernah lagi saya mencatatkan sejarah melicinkan mangkuk laksa. Mesti tinggalkan sedikit kuah supaya tidak nampak gelojoh sangat ^_^
Jadi, jika singgah di Kuching, jangan lupa singgah makan Laksa Sarawak di Thompson Corner, Tabuan Jaya. Stall yang jual laksa pujaan hati saya ni dibuka seawal jam 7.00 pagi dari Selasa hingga Ahad, hari Isnin pula ditutup untuk sesi kira untung ... mungkin ^_^
Dengar-dengar cerita kedai kopi, orang-orang yang datang KL pun kalau singgah di Kuching gerenti sanggup pergi 'tapau' Laksa Sarawak taukeh ni untuk dibawa balik ke KL. Tapi mesti ingat, kalau datang lewat dari jam 10.00 pagi pada hujung minggu ... alamat telan air liur sajalah. Sabtu dan Ahad pula merupakan hari yang paling sibuk, tapi setakat tunggu kira-kira 45 minit untuk semangkuk laksa ... itu No Problem bagi saya. Memang sedap gilerrrrr!!!
4 comments:
Nang nyamanlah kmk nangga koh... jeles kmk aihhh.. cobalah ada smeangkok depan mata kmk nektok sak nyaman kmk terus makan hehehe :)
@wa khairul onggon hahaha ... ini memang makanan paling fav.
Sedap nya...'Wa Khairul' mesti suka ..saya pun suka..hehe.
@AWANG mana tempat lagi di kuching yg ada laksa sedap?
Post a Comment