Nestle Bliss Shopping Bag |
Saya ingin mencabar semua wanita di luar sana. Beranikah anda menyahut cabaran untuk menggunakan 'shoping bag' menggantikan 'handbag berjenama' pada setiap aktiviti jalan-jalan yang jatuh pada hari Sabtu, sebagai sokongan kepada kempen "Hari Tanpa Beg Plastik"?
Saya akan menyahut cabaran ini untuk turut sama menjayakan kempen
"Hari Tanpa Beg Plastik" yang diadakan setiap hari Sabtu di seluruh
negara. Sebagai tanda sokongan terhadap kempen tersebut, saya akan menggayakan 'shopping bag' cute daripada Nestle Bliss untuk menghadiri satu acara pada petang nanti.
Untuk rekod, Kempen Hari Tanpa Beg Plastik bermula secara rasmi 1 Jan lepas, iaitu
beg plastik tidak lagi dibekalkan secara percuma kepada pengguna di
semua pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan premis
perniagaan terpilih di seluruh negara pada setiap Sabtu.
Ia diadakan bagi mengurangkan penggunaan beg plastik dalam usaha
memelihara alam sekitar, dan mereka yang masih mahukan beg plastik akan
dikenakan bayaran 20 sen setiap satu pada hari itu.
Wang hasil pembelian beg plastik oleh pengguna akan disalurkan kepada
badan-badan kebajikan terpilih di bawah program Tanggungjawab Sosial
Korporat (CSR) syarikat tersebut, dan juga bagi pelaksanaan
program-program kepenggunaan terutamanya yang berkaitan pemeliharaan
alam sekitar.
4 comments:
You don't have a choice but to learn to carry your own bag to put in your groceries and certainly you can't put your groceries inside the designer bag.
@Nava.K it's a free designer shopping bag from nestle bliss & it's useful to put some groceries :)
Saya sangat menyokong kempen ini. Sememangnya kita perlu prihatin dengan kesihatan alam sekitar.
TQ willie :)
Post a Comment