Putih & Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides





Si Putih pun pandai membaca :)

Bab-bab suratkhabar ni memang si putih pantang tengok.  Kalau saya dan si gaman bentang suratkhabar untuk di baca, gerenti si putih pun ikut menyibuk.  Tapi, kadang-kadang kiut juga aksi si putih ... macam turut sama membaca pula ^_^  Ok lah, kita tinggalkan kisah si putih dan beralih kepada cerita mengenai sekuel keempat filem Pirates of the Caribbean: On
Stranger Tides
yang dibintangi oleh aktor Johnny Depp yang bakal menemui penonton di pawagam pada 19 Mei ini.   





Daripada sinopsis yang saya baca dari Utusan Online, filem ini memaparkan kisah Kapten Jack Sparrow memulakan pelayarannya untuk mencari Fountain of Youth, air terjun yang dipercayai jika sesiapa minum airnya dia akan kekal muda.  Selain itu, menerusi On Stranger Tides, penonton juga dapat melihat
Sparrow menyimpan perasaan terhadap seorang wanita misteri dari masa
lampaunya bernama Angelica yang dilakonkan oleh aktres Penelope Cruz.  Wah ... ada kisah cinta si Jack Sparrow pula dalam 
sekuel keempat filem Pirates of the Caribbean ni.  Ini bermakna, budget beli tiket  wayang kena dimasukkan dalam entertainment allowance pada bulan ni ^_^














2 comments:

Fadzmie Mohamad said...

Uih, ada Penelope Cruz ka belakon skali dalam tu? Adeh, nda pula saya perasan tau.

Fadzmie's Latest Entry : EX5 DAN NOMBOR TELEFON

Mrs.MyGaman BorNeo said...

@Fadzmie Mohamad misti tingu ni, baru pula ada kisah cintan cintun si jack sparrow :)