Hari ini genap 53 tahun negara menyambut ulang tahun kemerdekaannya dengan tema “1Malaysia Menjana Transformasi". Bagaimana pun, tinjauan rambang yang dibuat sepanjang sesi jalan-jalan bazir minyak pagi tadi menyaksikan suasana cuti umum hari ini dimanfaatkan oleh orang ramai untuk membawa keluarga keluar membeli belah. Keadaan sesak dan kesukaran mendapatkan tempat letak kereta di semua pusat membeli belah di Kuching hari ini membuatkan kami dua si gaman akhirnya membatalkan sahaja niat untuk singgah shopping.
Bercakap mengenai sambutan kemerdekaan, seperti yang kita semua ketahui walau pun negara telah lama bebas dari belenggu penjajahan tetapi nampaknya masih terdapat segelintir individu yang mengisi sambutan kemerdekaan dengan cara yang tidak sesuai dengan maksud kemerdekaan itu sendiri. Secara peribadi, saya melihat minda masyarakat hari ini masih belum merdeka dalam erti kata sebenarnya.
Tidak bermaksud untuk menunding jari kepada mana-mana pihak, tetapi yang jelas tingkah laku sesetengah individu ini sedikit sebanyak mencemar sambutan Hari Kemerdekaan pada setiap tahun. Harapan agar sambutan Hari Malaysia buat julung kalinya pada 16 September 2010 ini diraikan dengan jiwa dan minda yang merdeka. SELAMAT HARI KEMERDEKAAN.
Khas untuk anak-anak buah yang disayangi, bibi, noel, nomi ... ethan & jonathan. Seperti yang dijanjikan, hari ini saya akan menyambung kembali cerita mengenai si Putih ... kucing kampung ni memang cukup istimewa, sesiapa sahaja yang pernah bertemu dengan si Putih pasti akan bertanyakan khabar si Putih terlebih dahulu berbanding bertanyakan khabar kami dua si gaman ^_^ Keluarga atau tetamu-tetamu yang datang ke rumah pun biasanya akan bertanyakan soalan yang sama “mana Putih?”
Putih di Rumah Panjang Peligong, Saratok
... lagi dasyat kalau adik saya si cap kipas udang telefon, mesti dia tanya “apa khabar si Putih?” ... lepas tu baru la dia tanya “apa khabar ko kakak ku?” ... kalau anak-anak buah telefon lagi la pening kepala mau jawab soalan dorang pasal si Putih ... betapa glamour si Putih berbanding kami dua si gaman ^_^ Tumpang bangga juga bila kucing kampung yang berasal dari Kampung Keramat 2, Beluran ni menjadi perhatian ramai orang.
Mengimbas kembali masa mula-mula menguruskan proses untuk membawa si Putih berhijrah ke Sarawak pada tahun 2007 ... mengikut prosedur Jabatan Perkhidmatan Haiwan & Perusahaan Ternak (JPHPT), kami dua si gaman perlu memohon permit import dan eksport untuk membolehkan si Putih di bawa menaiki kapal terbang. Masa ni stress, maklum la ... mana lagi fikir pasal tarikh perkahwinan yang semakin hampir ... mana lagi sibuk-sibuk pasal urusan si Putih ... tapi sebenarnya, urusan import eksport haiwan ini mudah saja, yang penting rajin bertanya.
Untuk membolehkan si gaman mendapat permit import, saya di Sabah pula perlu la memohon permit eksport terlebih dahulu ... proses dengan JPHPT di Sandakan berjalan lancar tapi banyak prosedur yang perlu dilalui antaranya, si Putih perlu menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan si Putih tidak mempunyai penyakit berjangkit. Dua minggu kemudian baru la permit si Putih diluluskan ... melayang RM45.00 ^_^
Dapat saja permit eksport ... saya pun terus faks kan kepada si gaman yang berada jauh nun di Kuching ... dengan hanya menggunakan salinan permit eksport, urusan si gaman dengan JPHPT di Petra Jaya bagi mendapatkan permit import si Putih berjalan lancar dan cukup mudah dengan hanya membayar yuran pemprosesan sebanyak RM10.00. Kalau tidak salah, semua urusan ini perlu diselesaikan dalam tempoh sebulan sebelum si Putih boleh di bawa masuk ke Sarawak. Lepas tu, si gaman pula perlu menghubungi dan memaklumkan pihak JPHPT di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching seminggu sebelum ketibaan si Putih.
Dan tiba la hari yang dinanti-nantikan 21 Februari 2007 ... seekor kucing kampung buat pertama kalinya akan merasai pengalaman menaiki kapal terbang menggunakan penerbangan MAS ... menyesal rasanya sebab tidak terfikir untuk mengambil gambar kenang-kenangan si Putih ketika di Lapangan Terbang Sandakan. Mana tidak ... masa tu asyik layan perasaan sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarga.
Semasa proses check in, saya cuma perlu menyerahkan permit eksport kepada petugas kaunter dan si Putih dalam kurungan hanya melalui prosedur yang sama seperti beg-beg ... kotak-kotak ... dan barang-barang lain yang didaftarkan sebagai barangan kargo ... kesian si Putih terpaksa di simpan berasak-asak dengan barang-barang penumpang ... masa tu memang risau juga dengan keadaan si Putih memandangkan penerbangan Sandakan – Kota Kinabalu – Kuching mengambil masa yang agak lama juga.
Sampai di airport Kuching, rasa berdebar-debar juga semasa menunggu di ruang mengambil barang-barang yang dikeluarkan daripada kargo. Wah ... seronoknya bila tengok si Putih ... Welcome To Sarawak Putih! ... opsss ... urusan belum selesai lagi, kena tunggu Pegawai JPHPT yang bertugas di airport mengesahkan sama ada si Putih boleh dibawa keluar atau pun terpaksa dikuarantin. Syukurlah ... haiwan yang dibawa masuk dari Sabah tidak perlu dikuarantin. Sabah Sarawak memang bestfriend ^_^ Memendekkan cerita yang sudah cukup panjang ... maka bermula la hidup kami dua si Putih di Bumi Kenyalang.
Selamat pagi MyOnlineDiary, rasanya tidak sempurna hari-hari yang dilalui sekiranya tidak menceritakan sesuatu yang baru di http://myhomeniaga.blogspot.com/. Sejak mengaktifkan diri semula dalam penulisan blog pada 12 Ogos lepas, dunia penulisan semakin menyeronokkan dan mencabar minda untuk menjadikan penulisan di blog lebih menarik.
Pada pandangan mata kasar, dunia penulisan blog merupakan sesuatu yang mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Bagaimana pun, berdasarkan pengalaman sebagai seorang blogger sejak 2009 ... menjadi seorang blogger bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang diperkatakan. Jadi tidak hairanlah jika terdapat banyak blog-blog dalam dunia internet ini terbiar tidak berpenghuni.
Keinginan untuk aktif semula timbul apabila terbaca satu artikel di Harian Metro Online tentang kejayaan seorang wanita menjana pendapatan hanya dengan menulis blog. Wanita yang popular dengan blog Redmummy.com ini dikatakan berjaya meraih pendapatan lumayan menerusi keahliannya dalam rangkaian iklan nuffnang.
Pada mulanya agak ragu-ragu juga, tapi rasanya tidak salah untuk mencuba dan siapa tahu saya akan berjaya seperti wanita ini ^_^ pasang angan-angan dulu ... kemudian semai angan-angan menjadi cita-cita. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ahli nuffnang.
Percaya atau tidak ... dalam minggu pertama saya sudah meraih pendapatan bersama nuffnang ... tidaklah banyak sangat ... RM0.25 saja ^_^ tapi jumlah ini sudah cukup untuk membakar semangat saya, TQ Nuffnang. Redmummy.com pun mengambil tempoh lebih tiga tahun untuk menjana pendapatan lumayan bersama nuffnang ... maknanya tiada kejayaan yang datang bergolek-golek atau melayang-layang depan mata ...... oleh itu motivasi pagi sebelum tengah hari untuk diri sendiri .... Teruskan Usaha ... Yay!!!
Email yang mengatakan akan mucul fenomena seperti bumi mempunyai dua bulan
Gara-gara forwarded email yang saya terima daripada seorang kawan mengenai fenomena seperti bumi mempunyai dua bulan yang akan berlaku pada 27 Ogos tepat jam 12.30 tengah malam, saya sanggup untuk bersengkang mata semata-mata mahu menyaksikan sendiri keajaiban alam kononnya ^_^ Menurut email tersebut, planet Marikh akan menjadi terang di langit pada malam hari mulai Ogos dan Ia akan kelihatan sama besar seperti bulan purnama jika dilihat dengan pandangan mata kasar.
Lebih teruja lagi bila sekitar jam 8.00 malam, bulan kelihatan begitu besar dengan cahaya yang sangat cantik kemerahan. Wow ... memang bersemangat rasanya menantikan detik jam 12.30 tengah malam, sehinggakan saya sanggup menghubungi adik beradik lain supaya tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena yang jarang berlaku ini.
sejam lagi ... tengok tv dulu
Yeah ! tinggal 4 minit lagi ...
mmmm ... belum ada tanda-tanda akan kelihatan sebiji lagi bulan
Jam 12.26 tengah malam, saya dan si gaman sudah tercegat di luar rumah sambil mendongak melihat bulan ... masih satu ... jam 12.29 masih belum ada tanda-tanda satu lagi bulan akan muncul ... jam 12.32 pun bulan masih tetap satu ^_^ ... leher pun sudah terasa lenguh. Si gaman pun malas sudah menunggu hehehhe ... saya masih juga tidak puas hati ... jadi asyik keluar masuk rumah saja la saya tengah malam tadi. Sudah menghampiri jam 1.00 pagi ... hampa ... bulan yang sebiji lagi tu masih belum muncul-muncul lagi ^_^ terpaksalah tidur dengan perasaan hampa.
umpama pungguk rindukan bulan
seperti menantikan bulan jatuh ke riba
mana agaknya bulan yang sebiji lagi ... belum muncul-muncul juga
Sebaik sampai di pejabat pagi tadi, saya terus mencari maklumat mengenai fenomena tersebut di internet... rupa-rupanya email seumpama dan sewaktu dengannya telah tersebar di seluruh dunia dan penyebaran email ini secara meluas pernah berlaku pada 2003 ... bermakna bukan saya seorang sahaja yang menanti bulan yang sebiji lagi tu muncul ^_^ alalala ... lucu juga bila mengingatkan betapa teruja saya malam tadi. Perasaan sedikit hampa tapi meninggalkan kenangan yang cukup manis ^_^ sabar saja la bila si gaman mengejek hehehe ...
Mungkinkah ada laksa lebih sedap selain laksa yang terdapat di sini?
Tercari-cari Laksa Sarawak paling sedap di Kuching ??? Pilihan kami dua si gaman pastilah laksa di Thompson's Corner, Tabuan Jaya ... ewah ... ewah ... ini iklan percuma la katakan ... sekadar berkongsi info pasal tempat-tempat makan yang best di Kuching. Pagi tadi kami berkesempatan untuk breakfast bersama ... macam biasa saya belanja tapi si gaman yang tolong bayarkan ^_^
Sori taukeh .. curi ambil gambar u .. kasi tolong iklan meh .. ^_^
Menurut si gaman, taukeh laksa ni mungkin sudah lebih 10 tahun berniaga di sini dan dengar-dengar khabar, terdapat juga pengunjung/pelancong yang datang dari Kuala Lumpur yang sanggup order tapau bawa balik KL ... no wonder la sebab rasa laksa taukeh ni memang special.
Apakah rahsia di sebalik laksa ini? Rahsianya .. ada udang di sebalik mee ^_^
Dipanjangkan cerita, rasa laksa di sini memang berbeza dengan tempat-tempat lain yang pernah saya kunjungi ... mungkin disebabkan oleh perisa daripada isi kerang yang disertakan atau mungkin taukeh laksa ni ada resepi rahsia tersendiri ... biarlah terus menjadi rahsia ^_^
Makan malan sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2010 ... entah pernah diraikan oleh pasangan lain atau tidak ??? Apa-apa pun, inilah julung kalinya si gaman celebrate untuk saya ^_^ sekadar untuk mewarnai hari-hari yang kami lalui bersama sebagai husband & wife.
Lok-lok di sini memang sedap & laku
Malam ini kami memilih untuk makan di C121 Food Station yang terletak berdekatan dengan Stutong Wet Market. Medan makan di sini merupakan antara yang popular di Kuching jadi tidak hairanlah kami terpaksa mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mencari ruang letak kereta. Hehehe .. buat iklan percuma pula untuk C121 Food Station.
Makan lok-lok dulu sementara tunggu order
Hiasan luaran dan dalaman di sini memang menarik dan santai, selain itu ... soal memilih makanan memang boleh buat sesiapa sahaja rambang mata ... jadi terpaksalah buat-buat tidak nampak ^_^ Jadi sementara menunggu order sampai, kami dua si gaman makan lok-lok dulu.
Tidak perlu pergi Pulau Pinang untuk makan masakan Penang
Terpaksa OT free gara-gara tunggu dorang ni siap kerja
Lambat betullah dorang ni habiskan kerja menggantikan tiles yang rosak gara-gara peristiwa Gempa bumi di pejabat !!!pada 17 Ogos lepas. Terpaksa juga tunggu dorang ni habiskan kerja sebab saya sorang saja yang tinggal untuk kunci pejabat. Jam 7.00 pm sudah tapi belum juga siap, sampai sempat lagi saya curi-curi ambil gambar dan sempat lagi pula update blog cerita pasal dorang ni. Alalala .... nampaknya lewat sikitlah acara makan malam sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2010 bersama si gaman. Sabar saja la, yang penting malam ni si gaman yang belanja ^_ ^
Rasa comel saja kucing dengan welcome message & jam pingu ni
Masih terasa geli hati bila mengingatkan kisah semalam bila si gaman terkezuttt tengok blog dia yang fokus kepada topik-topik berkaitan politik dan sosial telah diceriakan dengan widget-widget animasi yang comel loteh ^_^ Hehehe ... niat hati sebenarnya ikhlas mau mencantikkan blog si gaman tapi rupanya tidak sesuai. Si gaman cakap, widget-widget seumpama dan sewaktu dengannya cuma sesuai untuk blog orang perempuan ... ya lah kan, orang perempuan memang suka benda yang cute-cute. Apa-apa pun, blog si gaman sudah dikembalikan kepada rupa asal ^_^
Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2010 pada hari ini bersamaan 25 Ogos 2010 telah menjadikan hari ini sangat istimewa untuk saya dan semua wanita di Malaysia. Bertemakan “1 Azam Wanita 1Malaysia” pada saya sangat bertepatan dengan personaliti wanita pada hari ini.
Wanita pada hari ini telah mengalami satu revolusi yang sangat ketara dan membanggakan. Jika suatu ketika dahulu kebanyakan wanita hanya duduk di ceruk-ceruk dapur tetapi pada hari ini golongan wanita bukan sahaja berdaya saing malah lebih tabah dan berani menyahut cabaran.
Hari ini saya ingin mengatakan pada diri saya bahawa “Saya bangga dilahirkan sebagai seorang wanita !!!” wow ... semangat pula. Paling penting, saya sangat bersyukur kerana hidup saya dikelilingi oleh wanita-wanita hebat yang sentiasa mengiringi hidup saya dalam doa mereka.
Usaha kerajaan dalam memupuk semangat 1Malaysia di negara ini sering menjadi antara tajuk penting di media-media elektronik mahu pun di media cetak. Bagaimanapun, sama ada disedari atau pun tidak, terdapat perkataan atau istilah yang digunakan oleh media sebenarnya sedikit mencalar penerimaan masyarakat terhadap konsep 1Malaysia yang mana ianya memerlukan rakyat bersikap saling menghormati bagi mewujudkan perpaduan di kalangan semua kaum di Malaysia.
Bagi sebahagian besar kaum di Sabah dan Sarawak, penggunaan istilah seperti “air kencing syaitan” yang sering digunakan oleh media untuk menggambarkan "minuman yang mengandungi alkohol" agak kurang disenangi. Istilah tersebut dilihat agak keterlaluan dan menghina makanan/minuman yang menjadi antara hidangan tradisi pada setiap perayaan Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak.
Percaya atau tidak, inilah antara cerita di kedai kopi yang mencuri perhatian saya hari ini. Sebenarnya, isu ini pernah dibangkitkan oleh salah seorang rakan di laman web sosial Facebook dan turut mendapat respon. Pada mereka, media hari ini haruslah lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini kerana makanan/minuman yang dianggap haram tetapi boleh dimakan/diminum oleh kaum lain tidak boleh dilabelkan sewenang-wenangnya dengan perkataan sekeji itu.
Isu ini nampak kecil tetapi rupanya dalam diam-diam telah mengguris perasaan banyak pihak. Daripada riak wajah mereka jelas terpancar perasaan tersinggung kerana mereka merasakan minuman tradisi kaum mereka turut dilabelkan sebagai “air kencing syaitan”. Walau pun sekadar mencuri dengar perbualan mereka, tetapi rasanya ada betulnya juga isu yang mereka persoalkan itu.
Mungkin pengamal media hari ini boleh menggantikan istilah tersebut dengan istilah yang lebih sopan seperti “minuman yang diharamkan” atau “makanan yang diharamkan”. Bagi saya, apa yang saya dengar hari ini memberi satu teguran peribadi dan mesej yang cukup jelas iaitu hidup saling menghormati dalam masyarakat 1Malaysia harus meliputi pelbagai aspek termasuklah soal makanan dan minuman.
Rasanya ... not bad ... sekali cuba, pasti nak lagi ^_^
Setiap hari pasti ada sahaja sesuatu peristiwa atau perkara yang baharu bakal dilalui atau dilihat oleh setiap orang, begitu jugalah halnya dengan kami dua si gaman. Selepas menghadiri kebaktian gereja pada sesi petang, kami berdua memilih untuk makan di salah sebuah kedai makan di kawasan komersil Desa Ilmu, Kota Samarahan. "Gendang gedut tali kecapi, kenyang perut kami dua si gaman senang hati" jadi sebaik sahaja selesai makan kami pun terus menuju ke tempat letak kereta dan tidak merancang untuk singgah dan membeli apa-apa lagi, bagaimana pun sebuah gerai kecil dan comel berjaya mencuri tumpuan kami dua si gaman.
Gerai baru nampaknya ^_^ Perasaan ingin tahu menyebabkan kami tersinggah juga secara tidak sengaja dan tanpa paksaan. Rupanya revolusi perniagaan berasaskan kentang kini tidak terhad kepada French Fries sahaja. Gerai yang kami singgah ini menawarkan Twist Potato pada harga RM1.50 satu cucuk dan pelanggan boleh memilih lima perasa iaitu keju, lada hitam, mayonis, sos cili dan tomato. Kalah dengan godaan oleh perasaan ingin mencuba, maka kami dua si gaman pun terbeli dua Twist Potato mayonis dan sos cili. Rasanya ... not bad ... sekali cuba, pasti nak lagi ^_^
Twist Potato Mayonis & Sos Cili
Perkara yang paling menarik perhatian kami sebenarnya bukanlah sekadar ingin mencuba tetapi tertarik dengan jenis perniagaan yang bukan sahaja nampak ringkas dan mudah diuruskan tetapi juga tidak memerlukan modal yang besar. Dengan hanya menggunakan ruangan gerai yang terhad, sebuah mesin pemotong kentang, kuali, dapur gas, kentang segar, minyak masak dan bahan perasa kepada twist potato hanya memerlukan modal kurang daripada RM1,000.
Mesin pemotong kentang
Hasil maklumat yang diperolehi daripada internet, rupanya perniagaan Twist Potato ini sudah lama berada di pasaran, cuma belum begitu popular di sini. Salah satu laman web yang saya temui menawarkan pakej yang cukup menarik dengan modal serendah RM799 dengan peralatan lengkap untuk memulakan perniagaan ini. Selain itu, terdapat beberapa laman web yang menawarkan pakej perniagaan Twist Potato secara francais kepada sesiapa yang berminat. Mereka yang berminat bolehlah merajinkan diri mencari info berkaitan perniagaan ini di internet.
“Grrrrrrrrrr ... ooo tidak ... cepat lari sembunyikan diri !!!” hahaha ... mungkin itu yang terlintas di fikiran si Putih bila nampak benda ni. Putih memang pantang nampak benda ni, bila saja si Putih nampak si gaman bawa benda ni keluar terus saja si Putih lari menyembunyikan diri di bawah katil ... pintar betul kucing seekor ni. Putih tau, kalau sudah keluar kurungan ni dua perkara saja dalam fikiran dia ... sama ada dihantar di nursery atau pergi klinik ... cewah ... cewah ... pandai-pandai pula saya ni meramal apa yang si Putih sedang fikirkan.
Muka minta kesian la ni
Punya la payah si gaman mau tarik si Putih keluar dari bawah katil, tapi kena juga sebab hari ni memang sudah rancang mau bawa Putih pergi klinik. Sepatutnya hari ini si gaman pergi hantar kereta untuk di service tapi memandangkan si Putih kurang sihat akhir-akhir ini terpaksalah rancangan untuk atur kereta ditunda. Kesihatan si Putih lagi penting !!! Ha ... Ha ... akhirnya berjaya juga si gaman tarik si Putih keluar dari bawa katil dan masukkan ke dalam kurungan.
Mabuk kereta
Kesian juga pula tengok si Putih dalam kurungan kucing ni, tapi apa boleh buat kena juga kurung sebab si Putih ni bukan pandai duduk diam kalau dalam kereta. Bila dalam kurungan pula, tahan saja la telinga bila dengar si Putih asyik mengiau-ngiau ... biasalah kalau local cat ni, memang mereka mabuk dan tidak tahan naik kereta ... tengok muka si Putih sudah tercungap-cungap serta meleleh-leleh air liur gara-gara mabuk kereta. Saya apa lagi ... asyik suruh si Putih sabar saja dulu ^_^ bayangkan kira-kira 30 minit juga masa perjalanan dari rumah ke klinik, jadi sepanjang tempoh itulah si Putih asyik mengiau minta belas kasihan. Syukur jugalah cuaca kira-kira jam 2.00 petang tadi mendung, jadi stress pun kurang.
Bil ... kos rawatan
Sampai saja di klinik, si Putih terus dapat rawatan segera ... best juga bila tengok haiwan-haiwan peliharaan lain yang mendapat rawatan di klinik ni. Rasanya layanan serta perkhidmatan kesihatan yang diberikan ke atas haiwan lebih mesra pula berbanding di ... malaslah mau cakap ... faham-faham sendiri la kan ^_^ Semasa di klinik tadi, si Putih diberi makan ubat cacing dan diberi vaksin menerusi suntikan. Doktor pesan dengan kami dua si gaman supaya jangan mandikan si Putih dalam tempoh seminggu ni sebab takut si Putih demam ... ish ... ish ... ish ... dapat layanan istimewa betul si Putih dan haiwan-haiwan peliharaan yang seumpama dan sewaktu dengannya semasa di klinik tadi. RM35.00 juga melayang semata-mata untuk rawatan si Putih, tapi duit boleh cari ... si Putih ni antara kucing istimewa selain si Pinai dalam hidup saya.
Tidur dalam perjalanan pulang
Sepanjang perjalanan pulang dari klinik tadi, si Putih tidur pula ... mungkin kesan daripada suntikan ataupun keletihan. Bayangkan ... sedangkan naik kereta pun si Putih sudah tercungap-cungap mabuk kereta ... macam mana la keadaan si Putih ketika dalam penerbangan dari Sandakan – Kota Kinabalu – Kuching pada tahun 2007 dulu. Kisah lanjut, nantikan di episod akan datang.