Selain menawarkan pakej eko pelancongan yang mewah dengan cabaran, satu lagi daya tarikan yang terdapat di Kampung Semban ialah air terjun Susukng dan Pent yang terletak tidak jauh dari kampung.Rasa lenguh-lenguh
pada otot kaki akibat berjalan jauh pada hari pertama tidak menjadi
penghalang untuk kami meneruskan ekspedisi pada hari kedua. Tepat jam
9.00 pagi, kami mula bergerak dan kami difahamkan, perjalanan dari Kampung Semban ke salah satu lokasi air terjun akan mengambil masa kira-kira 45 minit berjalan kaki.
|
Hari kedua ekspedisi turut dilimpahi dengan cabaran - Photo by Uncle Awang |
Sekali lagi, kami dimanjakan dengan keseronokan yang disulami dengan cabaran sepanjang perjalanan merentas hutan belukar. Pada masa yang sama, Kampung Semban tetap menyajikan menu utamanya iaitu laluan berliku di samping memberi peluang kepada kami memperbaiki teknik catwalk setiap kali meniti jambatan buluh.
|
Dalam perjalanan, kami menemui dua spesis tumbuhan periuk kera. |
Sepanjang perjalanan seperti biasa, Uncle Sagen tidak pernah lokek berkongsi pengetahuannya mengenai tumbuh-tumbuhan hutan. Peluang seumpama ini sering saya manfaatkan untuk berehat dan menghirup udara segar.
|
Uncle Sagen menunjukkan cara untuk membuat tali daripada kulit pokok |
Perjalanan menuju ke lokasi air terjun terpaksa mengambil masa lebih lama kerana sesekali kami berhenti untuk merakamkan gambar dan mengambil nota ringkas tentang benda baharu yang kami pelajari daripada Uncle Sagen.
|
Kami juga ditunjukkan sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai bahan bakar. Kayu ini terlebih dahulu perlu dikeringkan sebelum digunakan dan ianya mampu bertahan seharian sebagai bara api bagi menjimatkan mancis. |
|
Kira-kira 10 minit kemudian kami terjumpa perangkap samar babi hutan yang cukup berbahaya. Uncle Sagen turut menunjukkan cara bagaimana perangkap tersebut berfungsi. Menurutnya, tali halus direntangkan di tengah jalan dan anak panah yang diperbuat daripada rotan beracun akan menusuk sasaran sekiranya tali tersebut tersentuh.
|
Di Lokasi Air Terjun Susukng
|
Longgokan batu-batu besar yang terdapat di kawasan air terjun Susukng |
Bunyi deruan air terjun semakin kedengaran dan akhirnya kami sampai ke lokasi pertama iaitu air terjun tertinggi Susukng. Di sini, kami dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melangkah pada batu-batu licin yang diselaputi lumut hijau.
|
Di air terjun Susukng, tiada kawasan yang sesuai untuk berkelah kerana keseluruhan kawasan dipenuhi dengan longgokan batu-batu besar dan licin. Menurut Uncle Sagen, para pengunjung dilarang untuk pergi terlalu hampir dengan air terjun atas faktor keselamatan. |
|
Kami cuma meluangkan masa beberapa minit untuk menikmati sepenuhnya keindahan air terjun Susukng yang tersergam megah dan hanya kelihatan mesra pada lensa kamera. |
Di Lokasi Air Terjun Pent
|
Perjalanan menuju ke air terjun Pent sedikit sukar kerana kami harus menuruni cerun bukit berbatu yang tinggi dan licin. Setengah jam kemudian kami disambut dengan panorama indah di kawasan air terjun Pent yang dikatakan paling cantik di antara 13 buah air terjun yang terdapat di kampung ini. |
|
Berada di sini dapat membuatkan perasaan kita tenang, aliran air yang sejuk dan nyaman menyentuh kulit seolah-olah menjadi terapi kepada jiwa. Manakala percikan buih-buih airnya pula menyegarkan minda sekali gus membuatkan kita bersyukur di atas anugerah alam yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita. |
|
Satu lagi yang menarik perhatian di kawasan air terjun Pent ini ialah lekukan lubang pada batu yang unik dan ada di antaranya seperti kesan tapak kaki manusia. |
|
Saujana mata memandang itulah yang dapat digambarkan. Pemandangan mengikut arah aliran air tidak tercapai oleh pandangan mata. Masih banyak rahsia alam yang tersembunyi di sebalik kampung terpencil ini yang akan lenyap dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi bagi memberi laluan kepada pembangunan projek empangan Bengoh. |
|
Sempat juga saya merakamkan aksi Uncle Awang yang begitu asyik mengambil gambar dari pelbagai sudut. Kalau tidak silap, memang beliau sudah lama mengimpikan saat untuk mengambil seberapa banyak gambar air terjun. Ternyata impian menjadi kenyataan. |
|
Ketua Ekspedisi, Deckson STB merupakan orang yang paling enjoy ketika berada di sini. Bijak memanfaatkan peluang, aliran deras air terjun digunakan untuk aqua massage dan menghilangkan segala keletihan. |
|
Ini merupakan gambar terbaik yang berjaya saya ambil selepas beberapa cubaan. Teknik menggambar ini saya praktikan berdasarkan teori yang diajar oleh Uncle Awang. Berapa bintang yang anda boleh berikan untuk gambar ini? |
2 comments:
Linda> Sunggoh menarik.Apa lagi ada jurufoto beraksi (siapa agak nya hahaha) Thanks....
Ya..betul kata Linda...boleh di kata kan 100 jurufoto mungkin 10 saja yang ada merakam gambar waterfall di Semban...Saya salah seorang yang beruntung.
@AWANG hahaha ... kita antara yg bertuah.
Post a Comment