Dibawa melihat pokok Tapang tertinggi dan terbesar merupakan antara aktiviti yang ditawarkan dalam pakej eko pelancongan empat hari tiga malam di Kampung Semban. Lokasinya terletak tidak jauh dari kawasan kampung iaitu hanya mengambil masa kira-kira 10 minit berjalan kaki.
Walaupun belum ada kajian terperinci mengenai usia sebenar pokok Tapang yang tingginya dianggarkan lebih 100 meter ini, tetapi kami difahamkan pokok ini telah wujud sejak beratus tahun yang lalu. Pokok Tapang ini juga dikatakan menjadi tumpuan kumpulan lebah membuat sarang dan menghasilkan madu asli yang tinggi nilainya dari segi perubatan.
Ingin tahu betapa tinggi dan besarnya pokok Tapang di Kampung Semban ini, sila lihat gambar di bawah yang telah saya cantumkan menggunakan Microsoft Office Publisher 2007.
Cuba bandingkan, betapa kerdilnya Uncle Sagen (tepi kanan) jika dibandingkan dengan pokok Tapang yang sebesar lima hingga enam pemeluk orang dewasa. Menurut saya, pokok Tapang ini mungkin lebih tinggi daripada bangunan SALCRA yang terletak di Jalan Datuk Mohd Musa, Kota Samarahan. |
Kagum dengan salah satu ciptaan Tuhan dan inilah kali pertama saya menyaksikan sendiri pokok setinggi dan sebesar ini. Sebenarnya pokok ini jauh lebih tinggi daripada apa yang dapat dirakamkan oleh lensa kamera. |
Pautan | Eksplorasi Pena & Lensa Di Kpg Semban | Sebelum Ekspedisi (1) | Ekspedisi Bermula (2) | Keindahan Air Terjun Susukng & Pent (3) | Panorama Di Kampung Semban (4) | Matahari Terbit Di Gunung Kapang (5) | Tembakau Kampung Semban (6) | Pokok Tapang Tertinggi & Terbesar (7) | Bersama Tradisi Yang Bakal Pupus (8) | Selamat Tinggal Kampung Semban (9) |
0 comments:
Post a Comment