Kenapa saya dan anda perlu ketawa?




Pix from google




Hari ini dan hari-hari seterusnya saya mesti sentiasa ketawa! biarpun mood tunggang langgang tapi saya mesti ketawa!  Woopsss ... jangan ingat saya putus wayar pula, sebenarnya ini sekadar kata-kata untuk menyuntik semangat pada diri sendiri yang sedang dilanda satu tekanan.





Saya percaya mesti ramai yang tidak tau atau tidak pernah ambil tau mengenai manfaat yang terpendam dalam ketawa ... sebenarnya saya pun baru juga tau selepas membaca satu fakta menarik mengenai manfaat di sebalik ketawa di dalam sebuah majalah.





Menurut artikel dalam majalah tersebut, hanya dengan ketawa, seseorang itu akan merasakan beban hidup yang dihadapi lebih ringan.  Malah ketawa juga sering dijadikan ubat pelbagai penyakit seperti tekanan, arthritis, strok, diabetes dan penyakit jantung.  Ini kerana, ketawa memberikan otot-otot berada dalam keadaan tenang dan membantu menghilangkan tekanan.





Ketawa terbahak-bahak juga akan membantu seseorang itu melepaskan enzim dan hormon yang sangat diperlukan oleh organ-organ badan agar dapat berfungsi dengan baik.  Ia juga dapat mengaktifkan kembali sel T yang berfungsi sebagai antibiotik semulajadi, meningkatkan sistem imunisasi dan melawan penyakit.





Selain itu, dengan ketawa seseorang itu akan dapat meningkatkan kepercayaan diri dan mental yang kuat dalam menghadapi segala masalah.  Secara tidak langsung, ketawa dapat membantu menurunkan tekanan darah dan membuatkan sistem aliran darah meningkat.







***Akhir sekali, kita dinasihatkan supaya tidak ketawa sorang-sorang tanpa sebab, nanti lain pula jadinya ... waka ... waka ... eh ... eh ....










4 comments:

.fadzmie.met. said...

ada byk bah sebenarnya kebaikan ketawa ni. sy pun nda terlistkan oh. tp bg saya yg paling penting, ketawa untuk mengurangkan perasaan marah/sedih/kecewa/semua la. sbp sy jenis nda mau tnjuk sm urg yg sy marah/sedih/kecewa ka. hahahha. adeh.

Mrs.MyGaman BorNeo said...

bah ... ending komen dengan ketawa lagi pula ko ni fadzmie. :) memang betul2 mengamalkan ketawa yg positif hehehe

LennMommaChubby said...

Sy betul2 tak dpt ketawa if line internet terlalu slow smpai tak dpt update blog!... Sy hanya mahu nangis pada masa2 spt tu... kwang3....

Mrs.MyGaman BorNeo said...

alalala Lenn ... patut la lama ko x update blog.