Hari terakhir bertugas




Pix from google




Hari ini saya berada di Perpustakaan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) lagi.  Situasi kali ini agak berbeza kerana hari ini merupakan hari terakhir saya berkhidmat dengan sebagai seorang penulis laman web komuniti, berikutan cawangan syarikat di Sarawak ditamatkan operasinya berkuatkuasa pada 15 Mac 2011 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.











 





Perkara yang paling bermakna sepanjang perkhidmatan saya ialah berpeluang menulis artikel untuk 96 buah kampung iaitu 68 (Sarawak) dan 26 (Sabah) melibatkan lebih 200 artikel dalam empat kemas kini (KK) iaitu KK4 hingga KK8.  Maklumat kemas kini selalunya kami perolehi menerusi telephone interview dan merujuk kepada akhbar tempatan dan carian internet.





Mengimbas kembali pengalaman, sebenarnya saya pernah bekerja untuk tempoh sebulan kontrak dengan syarikat ini pada November 2008 untuk Projek USP5.  Pada ketika itu, saya terlibat bukan sahaja ke lawatan tapak yang agak mencabar tetapi juga bertanggungjawab terhadap penulisan artikel untuk beberapa buah kampung di Sarawak, melibatkan 18 segmen setiap satu.





Sila layari telecentre.my , siapa tahu kampung anda ada tersenarai dalam projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).























0 comments: