Pix from google |
Petang Isnin hujan, petang Khamis hujan, petang Jumaat pun hujan ... macam mana la mau bersenam menguatkan stamina untuk trip ke Kampung Semban, Padawan pada 22 Mac nanti. Setakat minggu ni, cuma tiga kali berpeluang melakukan senaman berjalan iaitu pada Selasa dan Rabu di trek jogging kawasan perumahan Taman Desa Ilmu.
Sementara pada Khamis pula senaman berjalan sambil shopping ^_^ kan senaman berjalan boleh dilakukan di mana-mana saja sama ada di rumah, di pejabat atau di kompleks membeli-belah ... yang penting berjalan kan satu senaman ^_^
Walau bagaimanapun, bersenam di kompleks membeli-belah ni banyak keburukan. Kalau bersenam di trek jogging ... hasilnya dapat menurunkan kalori dan berat badan. Tapi kalau melakukan senaman berjalan sambil shoping ni ... hasilnya pula ... dompet pula yang menjadi ringan ^_^ jadi jangan diamalkan selalu.
2 comments:
Haha. Iya bah. Kalo jalan2 d shopping mall, yang exercise tu dompet kan :)
@Angel hahaha ... ya la, dompet yg makin slim & nipis.
Post a Comment