Berjalan kaki untuk kesihatan





Petang tadi saya mulakan latihan fizikal dengan berjalan kaki sebanyak tiga pusingan di trek jogging di kawasan perumahan Taman Desa Ilmu.  Ini sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran sebenar berjalan kaki selama empat - lima - enam jam untuk ke Kampung Semban, Padawan pada 22 Mac ini.  Kalau diikutkan kelmarin lagi sudah start training kunun tapi hujan lebat pula, syukur la hari ini cuaca cerah.







Latihan hari ni tidak la berat sangat, kami dua si gaman cuma berjalan kaki kerana ini satu-satunya
senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia juga merupakan satu
kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman
ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada
di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah dan lain-lain lagi.









Daripada info kesihatan yang saya google di internet, berjalan kaki ni bagus untuk  kesihatan termasuk mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol di samping mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi, strok dan mengurangkan risiko penyakit diabetes.







Selain mengekalkan kekuatan otot untuk mengurangkan risiko osteoporosis, berjalan juga rupa-rupanya berupaya mengurangkan stres di mana ianya membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat serta mampu meningkatkan keyakinan diri.

















0 comments: