Berita buruk kepada penggemar TEH !!!


Hari ini merupakan hari ke-11 Krismas, mood Krismas pun masih ada lagi ... empat hari sudah berlalu meninggalkan tahun 2010 dan setakat ni masih tersasul lagi menyebut atau menulis 2011 sebagai 2010, maklumlah 2010 digunakan selama 365 hari.






Google Pix

Bercerita pasal tahun baru ... baru sebentar tadi terbaca satu laporan Bernama yang mengatakan teh timbang  atau teh sukat yang banyak digunakan di kedai-kedai minum/makan boleh memudaratkan kesihatan.  



Berita yang baru saya baca ini sangat dan tersangat la memudaratkan perasaan saya sebagai seorang penggemar  fanatik Ice Lemon Tea.




Bagaimanapun laporan tersebut hanya menyebut bahawa teh timbang atau teh sukat mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan ... tidak pula dinyatakan secara jelas kesan bahaya kepada kesihatan dari sudut apa ... berita lanjut sila baca sendiri di http://utusan.com.my/














0 comments: