Menurut kajian antropologi, penggunaan tatu oleh masyarakat pribumi pada masa dulu dikatakan bertujuan membezakan sesuatu keturunan, puak dan kumpulan serta banyak dipengaruhi oleh mitos pada zaman sebelumnya. Selain itu, tatu juga dikaitkan sebagai simbol sosial kepada kedudukan, status, kekuasaan dan kekayaan di dalam sesuatu masyarakat itu pada suatu ketika dahulu.
Apocaript |
ITU merupakan cerita atau pegangan suatu ketika dahulu, masa KINI tatu dianggap sebagai saluran dan cara untuk menyampaikan perasaan, pandangan serta pegangan hidup seseorang. Ini bermakna, pada saat anda membuat keputusan untuk memilih sesuatu motif itu, ianya seumpama anda memutuskan untuk meluahkan sesuatu yang terpendam.
Memulakan proses mengukir seni tatu tribal Jepun |
Perkara itu merupakan antara yang cuba ditonjolkan oleh para artis-artis tatu yang menyertai Expo Tatu dan Perhimpunan Suku-Suku Kaum 2011 (A Tribal and Tattoo Expo 'Gathering of the Tribes') bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 14, 15 dan 16 Januari lepas. Expo tersebut turut disertai oleh studio tatu terkenal dari Jepun iaitu Apocaript yang menampilkan Taku Oshima.
Taku Oshima melakukan demo mengukir tatu tribal Jepun |
Apocaript turut mempamerkan pelbagai motif tatu unik yang menggabungkan elemen tradisional Jepun serta eleman moden. Secara peribadi, saya melihat motif-motif yang dipamerkan di booth ini dikhususkan kepada mereka yang ingin mengekspresikan diri menerusi seni tatu dan bukan untuk golongan yang sekadar mencari keseronokan atau kelainan semata-mata.
Pautan | Tattoo Expo 2011 | Acara selingan sepanjang expo | Seni Ukiran Tatu Etnik Iban | Seni Tatu Mengukir Lambang Kasih Sayang | Artis Tatu Dari Sabah Bah Ni ... | Ekspresi Diri Menerusi Seni Tatu Tribal Jepun | Seni Tatu Ketuk Dayak Kalimantan | Fesyen & Kecantikan Menerusi Seni Tatu | Senyum ... Tak perlu kata apa-apa |
3 comments:
nice....skrg mcm trend saja
:) ada juga motif tatu moden yang sesuai sekadar untuk trend tapi pada saya motif tatu Jepun lebih kepada untuk ekspresi diri seseorang.
Its a big trend now, seems normal to have tattoo these days.
Post a Comment