Saya ni salah seorang penggemar laksa, jadi jangan hairan la kalau ada saja cerita pasal laksa di blog ni ... beberapa hari lepas saya ada bercerita mengenai Big Laksa ... Special Laksa yang mempunyai rasa yang cukup istimewa kerana menggunakan isi kerang.
Kali ini cerita mengenai Laksa Telur Hitam ... biasa kita lihat laksa cuma dihidangkan bersama telur, isi ayam dan taugeh ... tapi pagi tadi saya mengambil peluang untuk mencuba laksa yang dicampur dengan telur hitam (mungkin ada nama lain bagi telur ini) ... rasanya ??? ... not bad memang rasa laksa telur hitam ^_^ laksa yang ni dikategorikan sebagai laksa special dan harganya juga special iaitu RM5.50 semangkuk.
Sesiapa yang ingin mencuba boleh la berkunjung di kedai makan yang betul-betul bertentangan dengan Everise di Matang ... promosi percuma dan sekadar berkongsi keunikan laksa-laksa di sekitar Kuching. Selamat mencuba.
Pautan | Di sini ada laksa paling sedap di Kuching | Big Laksa ... Laksa Special | Laksa Telur Hitam
0 comments:
Post a Comment