Tips: Menyampah betul dengan Status FB si kawan ni


 ...what's on your mind? ... itu yang tertera pada ruangan status FB, YOUR merujuk kepada pemilik akaun FB itu sendiri ... itu bermakna ikut suka pemilik akaun FB itu sendiri mau tulis apa saja pada ruangan status FB mereka ... malangnya sama ada sedar atau pun tidak, bukan semua rakan-rakan FB senang ataupun suka membaca status FB kita yang turut tertera pada  wall rangkaian rakan-rakan FB.





Mungkin ada yang menyampah ... meluat ... dan ada juga yang menganggap bahawa status FB rakan-rakan mereka bodoh ... Sejak berkecimpung secara serius kira-kira 2 tahun dalam organisasi FB perkataan seumpama dan sewaktu dengannya sering kali saya dengar di mana-mana saja setiap kali perbualan mengaitkan isu-isu ringan melibatkan status FB rakan-rakan dalam rangkaian FB mereka.






Status FB: ... lapar la ... mau masak apa hari ni ... busy buat kerja ... hari ni rasa kurang sihat sikit la ... gula habis la ... penatnya ... hari ni malas masak mau makan maggi saja ^_^ ... ini mungkin antara status FB yang membuatkan segelintir rakan-rakan FB kita kurang senang dan selesa.  Sehubungan itu timbul idea untuk membantu membuatkan rangkaian rakan-rakan FB kita lebih mesra alam ^_^






Sekiranya anda dalam kalangan pengguna FB yang sering kali rimas membaca status FB rakan-rakan anda yang berderet-deret keluar menerusi news feed ke wall FB anda ... apa kata anda cuba tip-tip mudah ini ^_^






Tip 1: 


Apa kata anda abaikan sahaja status-status FB yang anda anggap bodoh dengan tidak meluangkan masa membaca news feed pada wall FB anda.  Tip ini bagaimanapun agak kurang berkesan kerana pasti sesekali anda akan secara tidak sengaja atau dengan sengajanya mengambil kesempatan untuk membaca setiap news feed yang tertera pada wall FB anda ... akhirnya anda sendiri yang rasa menyampah dengan apa yang anda baca.  Untuk itu, apa kata cuba tip yang kedua.




Tip 2:  


Apa kata anda komen pada status rakan FB anda ... sebagai contoh sekiranya status FB dia berbunyi "... alamak gula habis la ..." anda boleh komen "... habis gula pun mau bagi tau dekat FB ker??? ..." cara ini mungkin berkesan untuk menghentikan rakan FB anda daripada menulis status-status yang merimaskan anda.





Cara ini juga secara tidak langsung membuatkan anda dimasukkan dalam senarai rakan FB yang disekat daripada menerima news feed FB mereka.  Selain itu, cara ini juga boleh mengundang kepada berlakunya perang dingin dalam FB ... paling teruk pun anda mungkin kena remove dari friend list ^_^





Sekiranya tip kedua ini agak berisiko tinggi ... apa kata anda cuba tip yang ketiga.





Tip 3:   


Cara ini cukup berkesan dan boleh dilakukan dengan pantas ... apa kata anda remove saja semua rakan FB anda yang suka buat status FB yang sering membuatkan anda menyampah dan meluat daripada senarai friend list anda.  





Untuk remove ... anda perlu masuk ke FB rakan yang anda mau remove itu ... kemudian klik pada link Remove from Friends yang tertera di bawah page FB rakan anda itu.  Bagaimanapun cara ini mampu membuatkan anda di remove daripada menjadi rakannya dalam dunia realiti ^_^





Tip 4:


Sekiranya anda tidak berani mengambil risiko untuk mencuba tip-tip di atas ... ada satu cara lagi yang paling berkesan dan tidak memudaratkan.  Saya kurang pasti sekiranya ada cara lain lagi, tapi pada saya ini pilihan terakhir untuk mengelakkan diri daripada membaca atau terbaca secara tidak sengaja atau dengan sengaja status FB yang seumpama dan sewaktu dengannya ... susah-susah saja ... apa kata anda deactivate atau tutup sahaja akaun FB anda atau pendek kata bersara sahaja daripada menjadi pengguna FB ... dengan cara ini anda tidak perlu gusar atau rimas dengan status FB rakan anda yang entah apa-apa ...






Lagi pula ...what's on your mind? ... itu yang tertera pada ruangan status FB, YOUR merujuk kepada pemilik akaun FB itu sendiri ... itu bermakna ikut suka pemilik akaun FB itu sendiri mau tulis apa saja pada ruangan status FB mereka ... juga bermakna kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalang apa yang orang lain mau fikir dan buat ...





Sebenarnya suatu ketika dahulu saya pernah termasuk dalam golongan yang memerlukan empat tip tersebut ... bagaimanapun, pemergian seorang rakan FB buat selama-lamanya telah menyedarkan saya bahawa masa terlalu singkat dan inilah masa untuk menghargai setiap yang ada di depan mata.






Peringatan:  Tip-tip yang dinyatakan di atas cuma sekadar cadangan sahaja ^_^











0 comments: