"Menulis buku, cara lain dapatkan wang besar"




Buku ini berharga RM50 di pasaran, bagaimanapun saya mendapatnya pada harga RM40 dan dimaklumkan bahawa Dr Jeniri sudi memberikan diskaun RM10 kepada saya.  Terima kasih.






Inilah buku berkaitan teknik penulisan yang saya perolehi daripada penulis Syarul Nizam Junaini pada 10 Jan lepas.  Saya cukup bertuah kerana menjadi salah seorang yang memiliki buku hasil karya Dr Jeniri Amir berjudul 'Menulis Buku, cara lain dapatkan wang besar'.   Lihat sahaja judulnya, judul buku ini sahaja sudah cukup mencabar sesiapa sahaja yang meminati dunia penulisan. 




Ketika ini saya tidak dapat membayangkan adakah saya mampu menulis sebuah buku?  berbekalkan pengalaman dua tahun dalam bidang kewartawanan, beberapa kali mencuba menyertai pertandingan mengarang esei di peringkat negeri serta kebangsaan dan pengalaman kira-kira setahun sebagai penulis artikel untuk laman web komuniti mungkin bukan tiket untuk menjadi seorang penulis buku.






Setakat ini, satu-satunya pencapaian saya dalam bidang penulisan yang pernah mendapat pengiktirafan pun ketika berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan mengarang esei peringkat kebangsaan anjuran Standards Malaysia pada tahun 2008.  Mendapat hadiah kemenangan berupa wang tunai RM1,500 berserta sijil penyertaan terus membuatkan saya yakin untuk terus menulis ... (wang kemenangan sudah saya transform menjadi almari pakaian)












Jadi untuk menjadi seorang yang MAMPU, maka saya harus terus menyelongkar isi kandungan buku ini ... lagi pula pada muka belakang kulit buku ini tertulis 'Tidak kira anda suri rumah, kakitangan awam dan swasta, guru, pensyarah, pelajar atau siswazah yang menganggur atau sahaja, anda boleh bergelar penulis' ... jadi saya memang seorang penulis ... ewah-ewah macam pengulas buku pula saya ni.














0 comments: