Kotak ajaib AZAM 2011





Google Pix



Masuk hari ke-10 Krismas (gembira) ... masuk hari ketiga tahun baru 2011 (syukur) ... masuk kerja untuk hari pertama tahun baru 2011 (rasa malas betul).  Awal-awal tahun lagi sudah malas, macam mana la mau capai azam tahun 2011.  Nampaknya sesuatu perlu dilakukan, perkara pertama yang perlu lakukan untuk memastikan tiada azam yang terbengkalai pada tahun ini ialah membuang penyakit si MALAS sejauh-jauh yang mungkin.





Sepatutnya saya sudah mengucapkan selamat tinggal kepada penyakit si MALAS pada tengah malam 31 Disember 2010 lagi, tapi gara-gara teruja sangat dengan detik tahun baru 2011, terlupa pula sehingga sempat juga penyakit si MALAS menyambut tahun baru 2011 bersama-sama.







Bangun seawal kira-kira jam 6.20 pagi tadi ... awal-awal lagi saya sudah bagi si MALAS  sarapan dengan perkataan "malasnya mau bangun dan turun kerja" ... syukur la si AZAM 2011 cepat-cepat mengeluarkan auranya ... AZAM 2011 ni mengandungi 10 perkara yang perlu dilaksanakan dan dicapai ... untuk mencapai hasrat itu maka perlu diucapkan selamat tinggal kepada si MALAS.








0 comments: