Tattoo Expo 2011 - Acara selingan sepanjang expo




Bersama penari-penari


Jika dalam suratkhabar melaporkan hampir 100 pengunjung ke Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada hari pertama (14 Jan / Jumaat) untuk menyaksikan ekspo tatu ... pada hari kedua (15 Jan / Sabtu) pula, mungkin lebih 200 pengunjung datang bersilih-ganti ... maklumlah hari pertama orang ramai masih ada komitmen kerja ... hari (16 Jan / Ahad) ni pula merupakan hari terakhir, saya percaya lebih ramai lagi yang datang.










Gerai menjual manik

Memandangkan saya cuma berpeluang untuk datang pada hari yang kedua expo, jadi cerita saya pun cuma mengenai pengalaman sepanjang hari tersebut.  Selain berpeluang melihat cara tatu diukir dengan menggunakan teknik moden dan tradisional ... antara yang tidak kurang menariknya, expo turut diserikan lagi dengan persembahan Sape Orang Ulu dan diikuti dengan upacara 'miring' bagi menandakan simbolik perasmian expo pada hari itu. 










Lars Krutak bersama di upacara 'miring'

Selain itu, diadakan juga persembahan tarian Ngajat Bebunoh (tarian tradisional Iban), Kanjet Ngeleput (tarian tradisional Orang Ulu), Rejang Be'uh (tarian tradisional Bidayuh) persembahan lagu Iban, Bidayuh, Belawan dan tidak ketinggalan juga lucky draw dan terdapat permainan tradisional.  Bagaimanapun, saya dan si gaman tidak berpeluang untuk menyaksikan pertandingan tatu ... maklumlah perut sudah lapar ^_^








Persembahan Sape

Bah ... banyak lagi ni pengalaman dan gambar-gambar
menarik yang saya akan kongsikan kepada mereka-mereka yang kurang
memahami dan mengenali rahsia dan keindahan di sebalik seni ukiran
tatu.  Just wait and see my next post ^_^


 

0 comments: