... eikkksss ... I'm Insect Phobia !!!




Pic from Facebook


 ... banyak2 serangga ... KUTU la yg paling saya geliiiiiiiiii dan  selepas tengok gambar telinga anjing penuh kutu di FB pagi tadi ... meremang satu badan ... rasa mual ... pening2 lalat ...  kepala rasa gatal-gatal ... dan 1001 rasa yg x sihat ... saya rasa, sesiapapun tengok gambar kutu pada telinga anjing ni gerenti geli geleman ... tapi mungkin tidak la seFOBIA yang saya alami.




Pic from google photo sharing


Satu lagi serangga yang boleh buat saya menjerit dan melompat ... LIPAS terbang.  Kalau lipas yang sekadar merayap-rayap tu, tidak la geli sangat.  Tapi kalau jenis lipas yang terbang ni ... adoiii ... memang semangat pun rasa mau terbang juga.  Selalunya, makin saya mengelak dan melarikan diri ... macam pandai-pandai pula lipas tu terbang ke arah saya.  Sukar betul untuk menggambarkan betapa fobianya saya dengan dua jenis serangga ni.  Perasaan fobia tu selalunya mampu mempengaruhi minda saya sehingga berhari-hari dan boleh terbawa-bawa dalam mimpi juga.  Mungkin ada yang menganggap bahawa fobia terhadap serangga merupakan sesuatu yang sengaja diada-adakan untuk menarik perhatian.  Pada saya, itu merupakan satu tanggapan yang SALAH kerana tiada siapa yang suka dengan perasaan fobia dan takut.


Ada tips mengatasi perasaan fobia terhadap serangga yang saya temui di internet iaitu dengan merenung gambar-gambar serangga yang kita fobia untuk melawan perasaan takut sehingga perasaan fobia itu hilang.  Itu sebab la saya sertakan dua gambar serangga yang paling saya fobia di blog ini ... tapi sementara waktu ni, saya belum sedia untuk merenung kedua-dua gambar ni ... Sekilas pandang boleh la ^_^


Anda pula, apa serangga yang paling anda fobia?  Atau mungkin anda ada tips untuk mengatasi perasaan fobia seumpama dan sewaktu dengannya ... tolong kongsikan  ^_^


 


Hey Ladies ... berapa banyak kasut yang anda miliki?


"Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sesetengah wanita. Selain kelihatan cantik dan bergaya, kasut tumit tinggi juga seksi untuk digayakan. Sebagai wanita saya sangat-sangat bersetuju dengan kenyataan ini.






Tapi dalam 3 ... 4 ... 5 ... dot ... dot ... dot ... pasang kasut / sandal / selipar yang dimiliki oleh wanita, biasanya cuma ada sepasang kasut yang menjadi 'favorite' ... manakala yang lain-lain biasanya tersadai dalam rak kasut.  Anda pula macamana? Sama macam saya atau sebaliknya?







Sebenarnya bukan niat golongan wanita suka membazir sewenang-wenangnya ... tapi kadang-kala kasut yang dibeli cuma rasa selesa ketika dicuba di kedai kasut dan setelah dibeli dan digunakan ... lain pula ceritanya.





Jasamu dikenang:  Sandal "kapal kayu balak" yang sudah berkhidmat hampir setahun.







Contohnya ... diri saya sendiri ^_^ dalam kira-kira 5 pasang kasut, cuma sandal "kapal kayu balak" ini sajalah yang menjadi kasut 'favorite' saya untuk dipakai ke mana-mana.  Untuk pengetahuan, sandal ni sudah pernah masuk klinik kasut kerana kecederaan yang sama pada beberapa bulan lepas.  Bagaimanapun, pada minggu lepas ianya tidak dapat diselamatkan lagi :(  terpaksalah "say bye ... bye ..."






Koleksi kasut dan sandal-sandal yang ada dalam rak kasut pula semuanya mendatangkan ketidakselesaan pada kaki ... jadi itu sebablah saya mengambil keputusan untuk mencari  dan membeli sepasang lagi ... mana tau mampu menjadi pengganti kepada yang lama ^_^






Jadi konon-kononnya, untuk tidak salah membuat pilihan ... saya pun cubalah beberapa tip daripada tujuh tip memilih kasut yang boleh dijadikan panduan sebelum membeli. 





Memperkenalkan ... inilah sandal kapal Titanic yang saya beli petang tadi bagi menggantikan sandal kapal kayu balak yang sudah menamatkan perkhidmatannya ^_^









7 tip memilih kasut yang boleh dijadikan panduan sebelum membeli:


(sumber: http://www.gua.com.my)







Saiz 5 ... tinggi 3"

1. Pastikan kasut yang dipilih cukup selesa dengan kaki. Sekiranya anda melangkah dan kaki terasa sakit atau kurang selesa, baik lupakan sahaja niat anda. Pilih kasut dengan rekaan yang lain. Ingat, jangan menyeksa diri!



2. Sebelum membeli kasut, anda harus tahu penampilan yang diinginkan sebaik anda menyarung kasut tersebut. Stiletto misalnya membuatkan si pemakai tampil seksi, manakala sandal pula kelihatan lebih santai. 



3. Jangan takut membeli kasut berwarna terang / garang. Pasti bosan bukan kalau kasut anda hanya terdiri daripada warna-warna selamat seperti, putih, hitam dan coklat. Sesekali tidak ada salahnya memakai kasut yang warnanya menarik perhatian. Kalau bijak memadannya dengan pakaian, ia boleh menyerlahkan personaliti anda.



4. Pilih kasut yang sesuai dengan acara yang dihadiri. Kasut untuk ke pejabat dan membeli-belah seharusnya berbeza. Begitu juga kalau hendak menghadiri acara makan malam, jangan pakai sandal atau kasut bertapak datar (‘flat shoes’) dengan gaun malam. Sangat tidak sesuai dan perbuatan ini tidak boleh dimaafkan. 



5. Jika ingin kelihatan tinggi, ‘wedges’ adalah pilihan yang ideal. Kasut bertumit tinggi juga boleh digayakan, tetapi bukan semua boleh memakainya dengan selesa. Kalau anda mempunyai berat badan berlebihan, kasut tumit tinggi hanya membuatkan anda menderita!



6. Kalau ingin memakai kasut bertapak datar, pastikan seluar, jeans atau kain anda tidak terlalu labuh. Pasti nampak tidak cantik kalau pakaian anda itu terselit di antara kasut dan tumit kaki. Jika tidak pun, pasti setiap kali melangkah, anda akan terpijak kaki seluar atau jeans anda itu. Melecehkan bukan? 



7. Sekiranya anda memakai mini skirt atau gaun pendek, jangan sesekali memadankannya dengan kasut bertumit tinggi lebih daripada tiga inci. Sebaliknya kenakan dengan kasut bertapak datar. Alasannya, ia untuk mengimbangkan penampilan anda.












Jenis lelaki yang membuatkan perempuan MENYAMPAH !!!




pic from google photo sharing


Gambar sampah sarap yang bertimbun-timbun ni bukan bermakna saya mau cerita pasal sikap orang ramai yang membuang sampah  dengan cara tidak berhemah. Gambar hiasan ni sekadar mau menunjukkan betapa perasaan menyampah dan meluat saya hari ni menyamai level sampah-sampah yang menjijikkan ni.  Rasa mau muntah pun ada.






Bayangkan masih ada segelintir lelaki yang bersikap tidak menghormati wanita tidak kira masa dan tempat.  Mentang-mentanglah saya sorang saja perempuan time tu ... dan mentang-mentanglah mereka ramai dalam sekumpulan 8 hingga 10 orang, eksyen memanjang pula  dorang ni mengganggu ketenangan saya menikmati Nasi Ayam RM2.  Seingat saya ... jenis-jenis lelaki yang suka minta perhatian macam mereka ni sudah pupus sejak menjelang millenium lagi ... rupa-rupanya, dorang-dorang ni pula saki-baki yang masih  belum kena format dengan mind set baru.





Asyik tanya soalan bodoh-bodoh ... "kitak makan sorang ka?" ... ada ka patut terang-terang saya makan sorang-sorang, tapi masih tanya soalan macam tu. Lebih menjengkelkan bila dengar suara sumbang "... licin juak pinggan nasi ayam kitak" ... punya la menyampah tahap GABAN ... makan habis pun dorang mau menyibuk, bukan dorang yang bayar.  Apa dorang ingat perempuan sekarang eksyen kontrol ayu ka??? ... kalau makan tidak habis, lebih baik jangan makan di kedai ... MEMBAZIR ... macam dorang-dorang ni membazirkan air liur dan bazir masa ganggu privasi orang lain.








Orang selalu kata ... kalau dilayan nanti makin menjadi-jadi.  Tapi dorang-dorang ni, makin tidak dipeduli ... makin melampau pula.  Siap putar lagu dari jukebox lagi ... "lagu tok kami tujukan buat kitak yang pakei baju merah" ... Ingat dorang-dorang ni minum minuman keras ka ... tau-tau setakat minum ice lemon tea, coffee ... orang mabuk pun lagi tidak kacau orang.  Pada saya, mereka-mereka inilah jenis lelaki yang membuatkan perempuan MENYAMPAH !!!














Wajarkah rekod ini dibanggakan?


"Sebuah IPTA ulung  bangga apabila pelajarnya berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records dengan membentuk logo 1Malaysia daripada 2 juta straw".  Isu ini hangat diperkatakan dalam laman sosial FB ... majoriti berpendapat ianya merupakan usaha yang tidak berfaedah dan juga satu publisiti yang memalukan bagi sebuah IPTA.  Ramai  juga berpendapat bahawa banyak lagi perkara berfaedah yang wajar dilakukan oleh golongan terpelajar ini.





Ada pendapat mengatakan, sekiranya ia dilakukan oleh kanak-kanak TADIKA ... ia  sangat wajar untuk dibanggakan tetapi tidak untuk sebuah IPTA.  Ada juga berpendapat, lebih baik pelajar-pelajar IPTA ini buat rekod membersihkan sampah sarap di sungai ^_^  Pendapat anda bagaimana?









Saya pernah membaca isi kandungan Malaysia Book of Records dan logo 1Malaysia daripada 2 juta straw ini cuma seumpama dan sewaktu dengan rekod-rekod lain yang memerlukan perkataan TERpanjang ... TERbanyak ... TERbesar ... TERpantas ... TER ... TER ... TER ... Bukan mudah untuk tersenarai dalam Malaysia Book of Records ^_^









Happy Birthday My Dear Sister





Cap ... cap ... cap ... Cap kipas udang


You are my adik, you are my only sister





We look back in time, young & very innocent

Seeing the world through our eyes




Memories we hold safe in our heart

To sometimes unwrap with a smile and the comfort of a sigh









Now my little sister is grown,

And a woman u have become


The woman I call sister

Is someone who is there


The woman I call sister


Is someone who always cares





Its so good to know someone special, who shares,

My secrets, my laughter, my dreams and my cares,

Someone through good times and bad, when there's tears,

It's so good to know you , my sister and my best friend...

... through the years,




(: Happy Birthday My Dear Sister :)


May God Bless You 











Album Expo Tatu Kuching 2011




Expo Tatu dan Perhimpunan Suku-Suku Kaum 2011 (A Tribal and Tattoo Expo 'Gathering of the Tribes') yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 14, 15 dan 16 Januari ternyata berjaya membawa para pengunjung mengenali lebih dekat kehalusan seni tatu.


























































Menyiasat bersama Inspektor Putih


Cuba tengok ... apa sudah jadi dengan pokok bunga keladi saya ni.  Rasa-rasanya beberapa hari lepas masih berdaun lagi ... tiba-tiba baru perasan yang satu daun pun tiada yang tinggal.  Entah serangga apa juga yang menyerang ... pokok-pokok bunga saya yang lain sihat walafiat saja.  Take time juga menyiasat apa benda yang makan daun pokok bunga keladi ni ... tapi tidak juga jumpa ... tiba-tiba si Putih pula muncul dengan aksi-aksi comelnya seperti turut sama memberi kerjasama untuk menyiasat hehehe ... sempat juga saya rakam setiap aksinya ^_^







... serangga apa juga yang menyerang pokok bunga keladi ni ???




don't worry bos ... nanti saya tolong siasat




... mmm ... ke kiri ke kanan tapi masih belum jumpa apa-apa bukti




fokus ... fokus ... beri tumpuan supaya tidak terlepas sebarang bukti




??? heran ... apa juga benda yang menyerang pokok bunga keladi bos yer ...




Sorry bos ... selepas siasatan terperinci ... mungkin pak belalang yang bertanggungjawab ke atas kehilangan daun-daun pokok bunga keladi bos ^_^












Tattoo Expo 2011 - Fesyen & Kecantikan Menerusi Seni Tatu





Seahorse Tattoo Studio & Gallery Tattoo Expo 2011 "Gathering of the Tribes" @ BCCK

Ingin tampil berbeza dan kelihatan cantik dengan ukiran tatu pada bahagian badan?  Sesiapapun boleh cuma persoalannya adakah anda yakin dan sudah cukup bersedia?  Perlu diingat bahawa tatu adalah kekal dan tidak seperti baju atau aksesori yang boleh ditanggalkan pada bila-bila masa apabila sudah bosan.  Tatu juga bukan suatu trend kerana trend boleh berubah-ubah mengikut peredaran zaman tetapi tatu adalah kekal.  Jadi hanya mereka yang benar-benar bersedia dan yakin sahaja layak berfesyen dan kelihatan cantik dengan seni ukiran tatu.






Pilihan motif tatu yang tepat mampu mengekspresikan kecantikan & keyakinan diri

Kini, biarpun seni ukiran tatu sudah dianggap sebagai sebahagian daripada fesyen tetapi sebenarnya tidak semua motif tatu itu sesuai untuk diekspresikan sebagai fesyen dan kecantikan.  Untuk mendapatkan motif yang sesuai, anda dinasihat supaya bertanyakan pendapat serta sekali gus mendapatkan kaunseling daripada artis tatu kerana saya percaya mereka lebih pakar dan tahu motif yang sesuai untuk pelanggan mereka.






Tampil yakin & berani dengan ukiran tatu di tangan

Berbalik kepada bicara fesyen dan kecantikan menerusi seni tatu.  Untuk tampil bergaya dengan tatu, motif tatu yang dipilih  juga haruslah bertepatan dengan personaliti diriPilihan motif yang tepat dan sesuai dengan personaliti diri membolehkan seseorang itu  tampil yakin dan menarik.  Bagaimanapun, sekiranya silap membuat pilihan, ukiran tatu pada badan bukan sahaja menjadikan seseorang itu tampil kurang menarik tetapi juga turut menjejaskan keyakinan diri.






Fesyen & Kecantikan ... berpersonaliti & berkeyakinan

Jadi, tidak hairanlah jika ramai di luar sana yang menyesal dan cuba menyembunyikan tatu mereka dengan baju berlengan panjang dan berseluar panjang.  Oleh yang demikian, amat  penting bagi seseorang itu memahami maksud seni halus ukiran tatu itu terlebih dahulu sebelum memutuskan motif yang sesuai diukir pada bahagian tubuh mereka.


























Tattoo Expo 2011 - Seni Tatu Ketuk Dayak Kalimantan





Tatu ketuk (hand tapping)

Seni tatu etnik dan tatu ketuk (hand tapping) oleh Folk Tattoo Space dari Kalimantan Barat, Indonesia merupakan antara tarikan pada Expo Tatu dan Perhimpunan Suku-Suku Kaum 2011 (A Tribal and Tattoo Expo 'Gathering of the Tribes') bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 14, 15 dan 16 Januari lepas.









.. tumpuan dan ketelitian


Agak mengujakan apabila berpeluang melihat sendiri bagaimana proses membuat tatu secara tradisional oleh artis tatu Folk Tattoo Space,  Herpianto Hendra.  Difahamkan, tatu ketuk sering menjadi pilihan sama ada orang tempatan ataupun pelancong asing.  Lebih menarik lagi apabila melihat penulis buku terkenal, Lars Krutak yang juga terkenal dengan rancangan dokumentari popular "Tattoo Hunter", menambah koleksi tatu beliau. 










Lars Krutak menambah koleksi tatu beliau.


Menurut Herpianto dalam satu kenyataannya di sebuah akbar tempatan di Sarawak, tatu  kaum Kayan merupakan antara tatu yang paling rumit untuk dibuat kerana ianya mempunyai banyak butiran yang sangat kecil dan memerlukan kepakaran tinggi. 








Proses tatu ketuk memerlukan seorang pembantu untuk menahan


Menurut artis tatu berbangsa Kenyadan, salah satu suku Dayak di Kalimantan ini, corak tatu Dayak Kalimantan dan Dayak di Sarawak tidak jauh bezanya.  Kebanyakan corak-corak tatu Dayak Kalimantan dan Dayak di Sarawak dikatakan sama-sama cenderung kepada alam semula jadi.  Herpianto sudah mempunyai pengalaman selama 14 tahun dalam bidang tersebut.

 




... difahamkan, proses membuat tatu ketuk lebih lama berbanding menggunakan cara moden.















Tattoo Expo 2011 - Ekspresi Diri Menerusi Seni Tatu TRIBAL Jepun


Menurut kajian antropologi, penggunaan tatu oleh masyarakat pribumi pada masa dulu dikatakan bertujuan membezakan sesuatu keturunan, puak dan kumpulan serta banyak dipengaruhi oleh mitos pada zaman sebelumnya.  Selain itu, tatu juga dikaitkan sebagai simbol sosial kepada kedudukan, status, kekuasaan dan kekayaan di dalam sesuatu masyarakat itu pada suatu ketika dahulu.










Apocaript

ITU merupakan cerita atau pegangan suatu ketika dahulu, masa KINI tatu dianggap sebagai saluran dan cara untuk menyampaikan perasaan, pandangan serta pegangan hidup seseorang.  Ini bermakna, pada saat anda membuat keputusan untuk memilih sesuatu motif itu, ianya seumpama anda memutuskan untuk meluahkan sesuatu yang terpendam.








Memulakan proses mengukir seni tatu tribal Jepun



Perkara itu merupakan antara yang cuba ditonjolkan oleh para artis-artis tatu yang menyertai Expo Tatu dan Perhimpunan Suku-Suku Kaum 2011 (A Tribal and Tattoo Expo 'Gathering of the Tribes') bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 14, 15 dan 16 Januari lepas.  Expo tersebut turut disertai oleh studio tatu terkenal dari Jepun iaitu Apocaript yang menampilkan Taku Oshima.  








Taku Oshima melakukan demo mengukir tatu tribal Jepun

Apocaript turut mempamerkan pelbagai motif tatu unik yang menggabungkan elemen tradisional Jepun serta eleman moden.  Secara peribadi, saya melihat motif-motif yang dipamerkan di booth ini dikhususkan kepada mereka yang ingin mengekspresikan diri menerusi seni tatu dan bukan untuk golongan yang sekadar mencari keseronokan atau kelainan semata-mata. 
















Berkongsi khasiat ikan bersama si Putih










"Kucing tidak akan menolak ikan" ... begitu jugalah si Putih.  Si Putih ni, pantang terhidu bau ikan ... gerenti dia menjadi peneman setia saya di dapur.  




Si Putih ni kira kucing yang cukup berhemah dan bersopan santun ... selalunya si Putih mesti tunggu kami dua si gaman makan baru la dia menyibuk minta ikan. 




Dari proses menyiang ikan sampailah digoreng dan dihidangkan ... si Putih tetap setia dan sabar menanti sambil hidungnya menikmati haruman ikan yang sedang digoreng  ^_^




Dalam si Putih lepak-lepak di atas peti sejuk menanti dengan setia makanan kegemaran setiap kucing-kucing di dunia ini ... saya pun sibuk-sibuk juga merakam setia aksi comelnya.




Seekor untuk saya ... seekor untuk si gaman ... dua ekor dan kepala ikan untuk si Putih ^_^




Sekadar ikan kembung goreng saja, si Putih tidak la aggresif sangat ... tapi kalau ada ikan sardin panggang atau goreng ... fuhhh ... aggresif yang melampau sampai menggigit-gigit kaki.  Pasal itu la kami dua si gaman jarang berlaukkan ikan sardin di rumah.



Alang-alang bercerita pasal ikan ... apa kata saya kongsikan antara khasiat ikan yang saya perolehi daripada Majalah Wanita.  Selain kaya protein, ikan juga mengandungi lemak, vitamin dan mineral. Dari segi PROTEIN, ikan mengandungi kandungan protein yang terdiri daripada asid amino penting yang tidak akan rosak walaupun ketika dimasak. 



Kandungan protein pada ikan berbagai-bagai dan ia bergantung kepada kandungan lemak dan airnya. Namun secara umum, ikan mengandungi 13 - 20% protein.  Protein ini dapat membantu pertumbuhan sel otak, sehingga ikan sering disebut makanan penunjang kecerdasan. Difahamkan juga, disebabkan serat proteinnya yang sedikit, ia mudah dicerna oleh tubuh badan biarpun pada bayi sekalipun.  Kandungan kolagen pada ikan juga jauh lebih rendah dari haiwan ternakan lain, iaitu 3 - 5% dari total protein.






Ikan juga sesuai untuk mereka yang mementingkan pengambilan jumlah LEMAK dalam hidangan harian.  Bagi yang bimbang berat badan bertambah, anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk memakan ikan.  Ini kerana, kandungan lemak pada ikan hanya antara 1 - 20% sahaja.  Sebahagian besar daripada kandungan lemaknya itu pula amat berguna untuk tubuh badan kita, antaranya berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah.  







Selain itu, ikan dikatakan mempunyai dua kelompok VITAMIN iaitu vitamin larut dalam air seperti vitamin B6, B12, Biotin dan Niasin.  Vitamin ini banyak terdapat pada ikan yang dagingnya berwarna gelap.  Sementara kelompok kedua, vitamin larut dalam lemak iaitu vitamin A dan D yang terkandung pada minyaknya. Kandungan MINERAL pada ikan jumlahnya lebih banyak antaranya magnesium, zat besi, yodium dan selenium.  Jadi banyakkan makan ikan untuk kesihatan ^_^